Posted by: silamgemilang | November 10, 2009

Tinggal Lebih Lama Di Inap Desa

Tinggal Lebih Lama Di Inap Desa

<!–

By: Ramjit

–>

Oleh Ummi Nadiah Rosli

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Dengan rasa berat hati, mereka melambai-lambaikan tangan ke arah sekumpulan penduduk yang menguntumkan senyuman.

Baru tiga hari lepas mereka bagaikan orang asing namun dengan layanan dan ramah mesra yang ditunjukkan oleh penduduk kampung membuatkan perpisahan itu sukar untuk dilalui.

Sepanjang perjalanan pulang, setiap butir maklumat mengenai lawatan itu semakin jelas terbayang dalam ingatan apabila semakin jauh kami meninggalkan kampung berkenaan – dari suasana alam semulajadi, budaya yang menarik, makanan yang lazat dan ikatan silaturrahim yang terjalin.

Tanggapan berpanjangan seumpama itu sememangnya menjadi ciri-ciri bagi setiap program inap desa yang diadakan di seluruh negara oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

Tanya sahaja kepada 91,533 pelancong (tempatan dan luar negara) yang menyertai program berkenaan pada tahun lepas yang pulang dengan membawa seribu kenangan manis mengenai keunikan dan pengalaman menarik di Malaysia.

Mari putar semula.

PULANG KE KAMPUNG

Inap desa (sebahagian daripada program pelancongan Kementerian Pelancongan) diadakan baru-baru ini menjadi pembuka mata kepada penulis yang datang dari China, Belanda dan Macau yang biasa dengan kehidupan bandar.

Setiap negeri mempunyai keunikan tersendiri dan kali ini destinasinya ialah Kampung Sungai Pasu, 13 kilometer dari Raub, Pahang. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit dari Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan, pemandangan dipenuhi dari suasana pokok kelapa yang melambai-lambai membawa sehingga deretan rumah tradisi kampung yang sekelilingnya ditanam dengan pokok buah-buahan.

Penduduk kampung yang kebanyakannya berketurunan Jawa telah menetap di perkampungan itu sejak lebih 50 tahun bersama-sama masyarakat Orang Asli.

Peramah dan pandai berjenaka, penduduk kampung ini telah sejak bertahun-tahun menjadi tuan rumah kepada sejumlah besar pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malahan dari seluruh dunia.

Dengan sambutan yang ramah mesra membuatkan para tetamu berasa selesa terutama apabila diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Hinggakan seorang warga emas penduduk di situ dengan tersenyum selepas menyaksikan majlis resepsi itu berkata, “Eropah? China? Siapapun tiada masalah”.

TIADA SESAAT PUN YANG MEMBOSANKAN

Apabila menyertai pelancongan inap desa seseorang itu perlu mempunyai minda yang terbuka di samping semangat yang kuat untuk menerima bermacam-macam kejutan menarik yang bakal dilalui sepanjang berada di situ.

Meskipun biasa dengan kehidupan moden di rumah-rumah batu yang luas dan selesa, suasana tradisi dan etika perkampungan masih kekal di kampung-kampung seperti Kampung Sungai Pasu. Manakala penduduk kampung akan memastikan setiap tetamu tidak kekok dengan kehidupan kampung berkenaan.

Para tetamu dapat menikmati sajian pertama secara tidak rasmi apabila singgah di dua rumah inap desa yang mengadakan rumah terbuka. Para tetamu diraikan dengan sajian kuih-muih Hari Raya kerana kebetulan lawatan itu jatuh pada hari sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dengan lagu-lagu Hari Raya berkumandang menerusi stereo, suasana seolah-olah seperti kampung-kampung lain yang sedang menyambut Hari Raya dengan para peserta memakai ‘baju kurung’ dan ‘baju Melayu’. Tidak ketinggalan hidangan seperti lemang dan rendang serta masakan tradisi kampung ini iaitu pecal Sungai Pasu.

Kanak-kanak begitu peramah manakala jiran tidak kekok menjelaskan mengenai makanan yang disajikan kepada para tetamu malahan menunjukkan kepada mereka seni menjamah makanan itu dengan menggunakan tangan.

Kehidupan waktu malam di kampung ini mungkin agak sunyi dan tenang tetapi janganlah fikirkan hanya duduk-duduk sahaja. Para tetamu diajar ‘Joget Pahang’, satu tarian tradisi Pahang yang berirama rancak dan gerak langkah yang pantas yang memerlukan kesabaran untuk menguasai tarian ini.

TARIKAN TRADISI DIPELIHARA

Terjaga dari tidur oleh bunyi kokokan ayam dan cicipan burung adalah satu cara bangun dari tidur yang menarik dan terbaik untuk memulakan hari anda.

Menjalinkan hubungan dengan ibu bapa angkat yang peramah seperti ibu angkat penulis, Alus binti Napi, 65, tidak menjadi masalah. Beliau mengimbas kembali kisah-kisah tetamu beliau sebelum ini semasa menghidang dan menikmati minum pagi.

“Saya menerima tetamu dari seluruh Malaysia dan dari Jepun, Amerika dan Taiwan. Pada mulanya memang kekok, kerana bimbang mungkin tidak dapat melayan mereka. Namun bila masa berlalu, ia menjadi mudah. Malahan memberi peluang mempelajari budaya yang lain.

“Saya layan mereka seperti anggota keluarga sendiri. Setakat ini tiada masalah melainkan saya tidak begitu faham bahasa Inggeris. Ada ketikanya bahasa isyarat pun menjadi. Saya masih berhubung dengan beberapa bekas tetamu saya.” Inap desa tidak akan lengkap tanpa menerokai permainan masa lapang penduduk kampung seperti congkak, gasing, batu seremban, sukan rekreasi dan persembahan silat.

Penerokaan alam semulajadi juga adalah satu kemestian. Aktiviti luar begitu banyak kerana kebanyakan kampung inap desa terletak berhampiran sungai dan tasik. Bersiar-siar dengan motosikal dan basikal adalah cara terbaik untuk melihat kampung berkenaan dan kebanyakan ibu bapa angkat begitu senang hati untuk meminjamkannya kepada mereka.

Selain daripada melawat estet pokok getah dan kelapa sawit, kunjungan kami dilengkapkan sekali dengan aktiviti memancing di kolam, perkhelahan di air terjun Lata Jarum dan sesetengah kami tidak melepaskan peluang menyusuri hutan.

KOMITMEN TERHADAP KUALITI

Selepas hanya sehari berlatih Joget Pahang, kami telah bersedia untuk membuat persembahan kepada penduduk kampung pada malam terakhir di sana yang kemudian disertai oleh penduduk tempatan.

Ketua kampung, Mohd Zamri Maarof, yang bercita-cita tinggi mahu kalau boleh Kampung Sungai Pasu menjadi inap desa yang terbaik dan kampung terbaik menjelang 2011. Pemimpin berusia 43 tahun itu memikul tanggungjawab yang besar bagi perjalanan program inap desa di sini setelah terpilih pada 2007.

“Ada 20 buah rumah terlibat dalam program inap desa ini, dan kami menyediakan latihan seperti kursus bahasa Inggeris kepada penduduk tempatan. Dari tahun 2000 hingga 2007, kami hanya menerima sekitar 200 tetamu. Tetapi mulai Jun 2007 hinggalah sekarang, terdapat pertambahan sebanyak 800 peratus.

Lebih 1,000 pelancong melawat kami dari Januari hingga September tahun ini dengan 65 peratus daripada mereka adalah pelancong tempatan.”

Zamri berkata mereka akan meminta Orang Asli mengendalikan inap desa mereka sendiri memandangkan kumpulan berkenaan pada masa sekarang hanya menyertai aktiviti program.

TARIKAN POPULAR

Menurut Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab, pihaknya kalau boleh hendak mengubah persepsi inap desa bukan sahaja sebagai pelancongan bajet rendah malahan sebagai sesuatu yang boleh membawa pelancong rapat kepada aset semula jadi Malaysia – kebudayaan dan masyarakat Malaysia yang peramah.

Apabila ditemui pada jamuan malam peserta ‘Mega Fam’ di Kuala Lumpur baru-baru ini, Datuk Mirza berkata program inap desa adalah program paling laris dan popular kerana ia menawarkan kepada pelawat pelbagai pengalaman yang unik di Malaysia.

“Setiap kampung menawarkan pelbagai pengalaman yang berbeza dari segi suasana, aktiviti, tradisi, makanan dan persekitaran semulajadi. Sehingga Jun tahun ini, seramai 3,278 pengendali inap desa dari 227 buah kampung di seluruh negara telah dilatih dan diberi lesen oleh Kementerian Pelancongan.” Menurut beliau lagi sambutan terhadap program yang dijalankan adalah begitu menggalakkan. Pada tahun lepas, ia menarik 91,533 pelancong di mana 23,117 daripadanya adalah pelancong luar negara, yang kebanyakannya dari Jepun, Korea Selatan dan Singapura.

Enam bulan pertama tahun ini menyaksikan catatan berjumlah 75,214 orang dengan 17,867 adalah pelancong luar negara. Banyak lagi pasaran yang menyambut baik program inap desa ini dan kementerian sedang berusaha untuk mempelbagaikannya dengan sasaran kepada ekspatriat dan dari Eropah serta dari pasaran popular seperti Korea, Jepun dan China.

“Tiada yang lebih tulus daripada keikhlasan penduduk di kampung yang berkenaan. Tahap perhatian dan tumpuan yang mereka terima agak sukar diperoleh di bandar-bandar besar. Ini adalah tarikan daripada inap desa.”

KAMPUNG BEGITU DEKAT DI HATI

Tycho Floris Prins, 20, melambaikan selamat jalan kepada keluarga angkatnya. Adik angkat perempuannya yang berusia lapan tahun menangis apabila beliau menaiki bas. “Ia sungguh mengharukan”, kata pelajar dari Belanda itu yang begitu tersentuh dengan situasi berkenaan.

Monica Leong, 27, dari Macau amat memperakui program inap desa. “Ini adalah kali pertama saya ke negara ini dan inap desa benar-benar memberi satu pengalaman kebudayaan. Ini bukan sekadar lawatan melihat pemandangan. Ia cara lain untuk mempelajari mengenai negara ini dan masyarakatnya. Jika anda ke KL, luangkan beberapa hari di mana-mana inap desa.”

Cyril Edwards, 53, dari Amsterdam mengalami kejutan budaya, tetapi dari sudut yang baiknya.

“Penduduk kampung begitu cepat mempercayai orang. Mereka tidak terus mengunci pintu mereka. Selepas beberapa jam mengenali saya, mereka terus menyerahkan kunci rumah dan membenarkan saya mengguna motosikal mereka.

Saya tidak biasa dengan keadaan ini kerana saya datang dari bandar besar. Keramahan di sini begitu sukar untuk dipercayai.”

“Mereka berkata terima kasih saudara, tetapi kita sepatutnya berterima kasih kepada mereka,” sampuk rakan senegaranya Achraf Hannouk, 21 tahun.

Penduduk kampung, Ribut binti Surip turut melambaikan selamat jalan kepada kami. Nenek berusia 66 tahun itu adalah seorang daripada tuan rumah program berkenaan.

“Saya begitu biasa menjadi keluarga angkat. Jika tidak kerana kehadiran pelawat, kampung ini tentunya akan sunyi.”

— BERNAMA

Ng Lancar Kempen Melawat Malaysia Babitkan Bas-bas Dua Tingkat Di London

<!–

By: Ramjit

–>

LONDON, 9 Nov (Bernama) — Sebuah bas dua tingkat berwarna merah yang ditempatkan di hadapan Excel Exhibition Centre jelas mencuri tumpuan orang ramai yang berkunjung ke acara tahunan World Travel Mart (WTM) di sini.

Di kedua-dua bahagian badannya terpampang indah poster orang utan dengan berlatar belakang hutan hujan menghijau serta pantai bersih yang dihiasi dengan awan biru, samasekali berbeza daripada persekitaran suram musim luruh di London ketika ini.

Poster itu juga dengan jelas menampilkan promosi keseluruhan tambang dari London ke Kuala Lumpur pada harga 399 pounds oleh Penerbangan Malaysia (MAS).

Ia merupakan sebahagian daripada kempen promosi terkini Tourism Malaysia di United Kingdom, yang dilancarkan oleh Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen di sini Isnin.

Ng berkata kempen RM500,000 yang membabitkan bas dua tingkat yang terkenal di England itu akan menyaksikan bas-bas dengan poster tersebut berulang alik antara bandar raya Manchester dan Birmingham, untuk menarik perhatian orang ramai.

“Sebelum ini kami memberi tumpuan kepada London sahaja, tapi dengan kempen ini, kami lebarkan lagi ruang promosi kepada bandar-bandar di luar London,” katanya.

Terdahulu beliau melancarkan ruang pameran Tourism Malaysia di WTM, yang menampilkan replika Rumah Melaka yang diperbuat daripada kayu, sebagai hiasan untuk mencuri tumpuan ramai.

Kempen-kempen ‘bas iklan’ yang turut disertai oleh Penerbangan Malaysia (MAS) itu akan berlangsung sehingga bulan Januari ini, dan ia akan membabitkan 30 bas di Manchester dan 20 di Birmingam, yang melalui pelbagai laluan sehurang-kurangnya 20 kali sehari di kawasan bandar raya berkenaan.

“Kami juga sedang melihat cara untuk membekalkan pemandu-pemandu bas ini dengan maklumat asas mengenai industri pelancongan di Malaysia, di samping meletakkan risalah mengenai pelancongan di dalam bas-bas berkenaan untuk menyediakan maklumat yang diperlukan penumpang,” katanya.

— BERNAMA

Posted by: silamgemilang | Oktober 2, 2009

SILAM FEST 2009 : KETRADISIONALAN DALAM KEMODENAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM 1MALAYSIA, 1SILAM

DSCN1587DSCN1595DSCN1598DSCN1604DSCN1605DSCN1612DSCN1613DSCN1623DSCN1637DSCN1659DSCN1616DSCN1663DSCN1641DSCN1667

KEPELBAGAIAN biodiversiti, keindahan alam semula jadi, keunikan fauna dan flora, aura maritim dan aqua menjadikan Silam sebagai penataran pelancongan terbaik di Asia jika dilestarikan sebagai sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia.

“Kita mempunyai segala-galanya di sini. Dari jandela sejarah tamaddun manusia sehinggalah kepada Koridor Pembangunan Sabah yang telah tersedia dan hanya menunggu agensi pelancong memasarkan Silam ke pasaran dunia.

Segala-galanya tersedia secara semula jadi dan hanya perlu diadaptasi dan dikomersilkan untuk menjadikan aura dan kekayaan khazanah alam semula jadi sebagai destinasi pelancongan.

“Kita telah menemui sentuhan pakar 33 Professor Doktor daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah menjalinkan kerjasaama dengan Parlimen Silam untuk melonjakkan Parlimen Silam lebih baik daripada mana-mana destinasi pelancongan di Asia.

Pakar daripada UKM memberitahu beliau bahawa pelancong tidak perlu melawat Asia kerana segala-galanya ada di Silam dan hanya memerlukan sedikit sentuhan untuk meletakkan Silam di dalam kalendar pelancongan dunia.

“Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa Pusat Warisan Dunia, Lembah Danum, Imbak Canyon, Segama Malua, Pusat Sejadi Madai, Gua Madai, Tapak Tamaddun Manusia di Tingkayu, Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin, Hutan Simpan Paya Bakau Meruap, Taman Marin, Pusat Akuakultur Negara, Palm Oil Industrial Cluster (POIC) dan sebagainya yang terletak di bumi Silam mampu menjadi magnet kepada pencinta alam semula jadi dan pelancong korporat.

DSCN1677DSCN1680DSCN1696DSCN1703DSCN1712DSCN1718DSCN1725DSCN1722DSCN1724

Tidak boleh tidak kerajaan harus memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menjadikan Silam bandar kembar Melaka dan Riau sebagai melestari konsep SMR iaitu Silam-Melaka-Riau sebagai pelengkap kepada Agenda 1Malaysia melalui sumber dana dan sumber daya alam semula jadi dan pemangkin budaya pelancongan dunia.
Para pelancong yang telah sedia ada yang sebelum ini melawat Melaka dan Riau boleh dilencongkan ke Silam melalui penyediaan pelbagai pakej menarik.

“Kita akan membangunkan industri pelancongan ini dengan jayanya kerana saya yakin Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan akan merestui hasrat saya untuk meletakkan bukan sahaja Silam, malah Sabah di peta pelancongan dunia.
Saya berharap kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Malaysia agar dapat menyenaraikan Silam Fest Parlimen P188 Silam dalam kalendar dan buku pelancongan 1Malaysia bagi mengakses kegemilangan ini sebagai Pusat pelancongan Yang terkenal di Mata Dunia. Kajian dan penghasilan Buku Pelancongan P188 Silam di martabatkan dalam kalendar pelancongan negara 1Malaysia. Berdasarkan sejarah Silam sebenarnya telah lama terkenal sebagai pelancongan, namun sebelum ini tiada usaha untuk mengantarabangsakan P188 Silam sebagai Pusat pelancongan.

“1Malaysia, 1Silam

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI,

Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap

Duta Keamanan PBB

Posted by: silamgemilang | September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

September 18, 2009 oleh silamgemilang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, Salam 1malaysia, 1Silam, 1Unity, Salam Aidilfitri,

FESTIVAL YB SILAM

Saya mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah SWT Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pengampun dan Lagi Maha Mengetahui, Selawat Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, dikesempatan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2009 ini, saya sekarang masih berada di Kota Suci Mekah bagi menunaikan Ibadah UMRAH bersama isteri dan anak-anak tersayang. Walaupun jauh di mata namun saya tetap mengingati dan menghargai RAKYAT khususnya di kawasan saya bagi Parlimen P188 Silam, Sabah. Saya selalu berdoa semoga RAKYATKU sentiasa dimurahi rezeki, rajin bekerja, eratkan silaturrahim dan perpaduan tanpa mengira kaum dan bangsa, dirahmati dan mendapat perlindungan Allah SWT.

Hari ini saya dapat merasai RAKYAT dalam keadaan sibuk mengatur persiapan Hari Raya. Malam ini sama-samalah kita mendengar pengumuman HARI RAYA AIDILFITRI yang akan diumumkan secara langsung melalui kaca TV 1,2,3 dan siaran Radio. Pada petang ini semua lokasi untuk melihat anak bulan saya janga sudah bermula dan akan ditentukan berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Saya berpesan kepada diri dan RAKYAT agar berbelanja secara berhemah dan tidak membeli-belah melebihi had kewangan sehingga boleh menjejaskan kehidupan keluarga sendiri. Semalam kakitangan kerajaan telah menerima BONUS yang dibayar sebanyak 2 kali iaitu bulan ini dan bulan Disember. Tambahan nilai wang yang ada dapat diguna sebaik-baik bagi meringankan beban bagi persediaan membeli barangan yang berpatutan.

Kepada kaum muslimin dan muslimat yang belum membayar ZAKAT FITRAH masih belum terlewat lagi boleh berkunjung ke lokasi yang telah disediakan bagi membayar zakat. Pembayaran awal zakat ini bertujuan mengelakkan terlupa dan kesibukaan di saat-saat akhir. Zakat yang ditetapkan pada tahun ini berjumlah RM6.60 sahaja.

Hari ini kebiasaanya lebih banyak kereta yang menggunakan jalan raya untuk balik kampung dan akan berkurangan di kawasan Bandaraya dan bandar. Kepada pengguna jalan raya yang sedang dalam perjalanan balik kampung saya menasihatkan agar memandu kereta dalam keadaan selamat, pastikan anda sebagai pemandu tidak mengantuk, jika merasa diri mengantuk saya berharap agar anda parking dan tidur dalam lingkungan masa 7 hingga 10 minit bagi memulihkan tenaga semula dan kesegaran badan. Anda sebenarnya tidak rugi menggunakan masa rehat sebentar bagi melancarkan perjalanan anda dengan baik dan selamat. Pastikan kereta dalam keadaan baik bagi melicinkan perjalanan balik kampung.

Tahun ini negara -negara dunia tidak terkecuali juga negara kita terlibat dengan jangkitan H1N1 yang telah meragut nyawa dan menyerang mangsa secara tiba-tiba. Kepada anda yang sedang membeli-belah lebih baik menggunakan penutut mulut dan hidung bagi mencegah dari jangitan virus ini. Bah kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubat.

Bulan ramadhan yang penuh keberkatan amat dirindui oleh para ulama yang menjanjikan pahala lebih baik dari seribu. Bagi mereka berakhirnya puasa ini akan berlinangan air mata dengan tangan menadah doa kehadrat Allah SWT. Penghayatan Ramadhan yang membuka pintu rezeki, pintu doa dan segala amalan yang baik akan dibalas dengan berlipat ganda. Melalui puasa badan kita sebenarnya banyak dilatih untuk berehat,membersihkan dan memulihkan dari segala penyakit. Jangan lupa selepas beberapa hari di bulan syawal nanti ada lagi amalan ibadah puasa sunat yang dikatakan mempunyai nilai pahala yang amat tinggi sekali.

Sempena menjelang tiba hari yang mulia ini saya YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan UPF PBB, Isteri Hajah Fatmah Binti Abd. Aziz, anak-anak serta seisi keluarga dan staff P188 Silam mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Maaf Zahir dan Batin kepada kaum muslimin dan muslimat RAKYAT kawasan P188 Silam, Sabah dan Malaysia.

Saya amat mengalu-alukan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Yang Berhormat Menteri Kabinet Malaysia dan Sabah, YBhg. Dato, Datin, Tuan, Puan, Encik dan Cik ke Majlis FESTIVAL AIDILFITRI pada Hari Raya ke – 3 jam 9.45 pagi hingga jam 2.00 petang bertempat di Dewan Tun Haji Mustapha, lahad Datu, Silam. Sabah. Kehadiran adalam dialu-alukan dan diucapkan jutaan terima kasih.

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

 

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap

Duta Keamanan UPF PBB

SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT KHUSUSNYA RAKYAT SAYA 1SILAM, KHASNYA 1SABAH DAN AMNYA 1MALAYSIA DARIPADA SAYA HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM, DUTA KEAMANAN UPF, PBB

Ogos 21, 2009 oleh silamgemilang

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1SILAM,1SABAH, 1MALAYSIA,

IMG_0941

DSC02131CIMG2334

PUASAramadhan2009

Syukur kehadrat Allah SWT, Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, Para Sahabat, Kaum Muslimin dan Muslimat. Ketibaan Bulan Ramadhan ini akan memberi keinsafan,kesihatan,melatih kendiri menjadi insan bertakwa dan beramal ibadah kepada Allah SWT. Saya YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM merangkap DUTA KEAMANAN UPF PBB mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA KEPADA ;

1. YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA

2. YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

3. YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN, KETUA MENTERI SABAH

4. YANG BERHORMAT DATO’ SERI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL, MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz – Perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop – Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom – Hal Ehwal Islam

 

Timbalan-timbalan menteri:

 
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Ahmad Maslan

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Fadillah Yusof (timbalan)

 

Menteri Pelancongan

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri Pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri Kerja Raya
Datuk Shaziman Abu Mansor

Menteri Kesihatan
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri Belia dan Sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)

Menteri Sumber Manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil

Menteri Luar
Datuk Anifah Aman

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Saya ucap Selamat Berpuasa kepada RAKYAT 1SILAM semoga puasa kali ini menambah keimanan,ketakwaan dan hubungan muhibbah sesama manusia sebagai umat islam. Insyallah saya akan menunaikan Ibadah Solat berjemaah,tarawih bersama RAKYAT di masjid kampung-kampung samada di luar bandar mahupun pedalaman.

Sama-samalah kita mengimarahkan masjid dengan amalan solat 5 waktu,sembahyang terawih bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Amin.Amin.Amin Ya Robbul Alamin.

 

Yang Benar

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF PBB

Posted by: silamgemilang | Ogos 12, 2009

Pengerusi JKKK kenakan bayaran disiasat

Pengerusi JKKK kenakan bayaran disiasat

KENINGAU 11 Ogos – Segelintir pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dibidas kerana mengenakan bayaran RM15 hingga RM20 bagi menandatangani borang permohonan Program Cari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketika mendedahkan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Justin Guka berjanji akan menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan berkenaan.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terbabit jika dakwaan itu terbukti benar.

“Perkara ini adalah serius dan siasatan sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan Pengerusi-Pengerusi JKKK dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) kawasan Bingkor di sini semalam.

Pada majlis itu, Justin menyampaikan watikah pelantikan kepada 13 Pengerusi JKKK dan JKDB dari pekan Bingkor, bandar Keningau, Kampung Tohan Baru, Liau Ulu, Kuangoh, Berungis Baru, Kota Ayangan, Dangulad, Tangkungan, Tuarid Taud, Sasaie, Pagun Antolob dan Labak Baru.

Justin berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana tugas pengerusi dan ahli JKKK adalah untuk membantu dan membela kebajikan penduduk di kawasan masing-masing.

Katanya, tindakan meminta wang adalah tidak bertanggungjawab kerana meletakkan penduduk yang seharusnya dilindungi sebagai mangsa.

Beliau turut menggesa JKKK di daerah ini mengadakan mesyuarat sebulan sekali dan minit mesyuarat perlu dihantar kepada Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) dan Pejabat Daerah Keningau.

Katanya, ia bagi memastikan setiap JKKK menjalankan tanggungjawab membawa pembangunan sosioekonomi kepada masyarakat setempat.

Pelancongan Keretapi Dan Festival Durian Wajah Baru Pelancongan Kelantan

<!–

By: Ramjit

–>

Oleh Mohd Yusof Saari

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — “Ini negeri saya…saya susah hati tengok Kelantan kurang maju. Jadi saya akan pastikan negeri ini dimajukan, terutama sekto pelancongan”.

“Sebagai anak jati negeri Kelantan, saya tahu negeri ini mempunyai pelbagai keistimewaan yang boleh dikomersilkan sebagai produk pelancongan”.

Demikian dinyatakan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, ketika melancarkan Karnival Jualan Mega Malaysia (KJMM) Peringkat Zon Timur di pusat membeli belah KB Mall di Kota Baharu, Kelantan baru-baru ini.

Mendengar ucapan pembukaan beliau itu, penulis memasang telinga bagi mendapatkan penjelasan lanjut anak jati Kota Baharu ini.

“Sepanjang 100 hari memegang portfolio Kementerian Pelancongan sudah lima kali saya balik ke sini. Saya telah pusing seluruh Kelantan untuk kaji bagaimana cara yang boleh diambil untuk bangunkan dan majukan industri pelancongan Kelantan.

“Saya cuba cari kelainan yang ada di sini. Mungkin kelainan itu boleh jadi bahan untuk dijual sebagai tarikan kepada pelancong. Tuan-tuan tahu apa kelainan yang kita ada? Hadirin memandang antara satu sama lain. Selepas berhenti sejenak, beliau menyambung: Kelantan ada kereta api yang beroperasi terus dari Singapura.

“Ini satu kelebihan buat Kelantan. Saya telah rancang dan bincang untuk mengubah wajah dan fungsi biasa mengangkut penumpang kepada lebih eksklusif sifatnya. ‘Pelancongan Kereta api’…saya akan jadikannya sebagai tarikan baru untuk mengajak warga Kota Singa untuk bercuti di sini,” katanya penuh semangat diikuti tepukan para tetamu.

PELANCONGAN KERETA API

Tamat acara, penulis bersama rombongan media dan wakil dari agensi pelancongan yang dibawa khas dari Kuala Lumpur untuk program Lawatan MegaFam Domestik ke Kelantan sempena pelancaran KJMM, mendekati menteri, untuk mendapatkan gambaran lebih jelas idea beliau itu.

Beliau membuka bicara dengan yakin bahawa idea pelancongan kereta api itu memberi peluang kepada pekan-pekan kecil di sepanjang laluan membangunkan potensi pelancongan mereka.

Berdasarkan itu, kementerian sedang berusaha untuk membangunkan Pelancongan Kereta api atau ‘Homestay Kereta api’.

“Perkara ini telah pun saya bincangkan dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat yang bersetuju untuk bekerjasama,” katanya.

Dari segi perkhidmatan keretapi, Kelantan menjadi antara negeri yang mempunyai jalinan perjalanan kereta api secara terus dari Singapura, yang mengambil masa hampir 13 jam.

TIDAK MEMBOSANKAN

Walaupun jarak antara Singapura dan Kelantan jauh, tetapi melalui konsep pelancongan kereta api, pelancong dijamin tidak akan merasa bosan kerana beberapa aktiviti dirancang oleh pihak kementerian di sepanjang perjalanan itu.

Antaranya sesi karaoke, joget tradisional, membuat kraftangan, permainan congkak serta perkhidmatan refleksologi.

Apabila beroperasi kelak, perkhidmatan pelancongan kereta api itu secara tidak langsung akan membantu perkembangan ekonomi kawasan luar bandar selain menjana ekonomi bagi penduduk yang tinggal berdekatan hentian kereta api — Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Baru dan Tumpat.

Sungguhpun kawasan ini tidak mempunyai hotel mewah bertaraf bintang tetapi inap desa atau homestay boleh dijadikan sebagai tempat persinggahan pelancong. Setakat ini, 137 buah rumah dari 16 buah kampung telah berdaftar menjadi homestay di Kelantan.

BOLEH DIKOMERSILKAN

Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik dan Singapura Tourism Malaysia, Musa Yusof, yang turut serta dalam rombongan itu, berkata cadangan itu merupakan satu langkah ke hadapan kementerian dalam membantu memajukan sektor pelancongan, khususnya di Kelantan.

Bagi memastikan idea itu menjadi kenyataan, Musa sendiri turun ke Kelantan bagi merasai pengalaman menaiki kereta api dari Kelantan ke Singapura.

Sepanjang pemerhatiannya, beliau mendapati konsep pelancongan kereta api boleh dikomersilkan kerana pelbagai aktiviti ditawarkan kepada pelancong sepanjang 13 jam perjalanan.

Kelantan menawarkan gabungan pakej pelancongan serba lengkap merangkumi tasik, pulau, gua, kawasan hutan hujan serta kawasan pedalaman yang cukup menarik dan ini sesuatu yang dicari oleh pelancong, khasnya dari Singapura.

“Saya yakin konsep pelancongan kereta api boleh berjaya tetapi memerlukan beberapa perubahan dari segi struktur binaan dalaman kereta api dan kemudahan supaya suasana dalam kereta api lebih ceria dan selesa kepada pelancong,” katanya.

Bagi menarik lebih ramai warga Singapura melancong ke Kelantan, kementerian akan berbincang dengan Pengarah Cuti-Cuti Singapura untuk memasukkan pakej pelancongan kereta api sebagai pendekatan baru berkunjung ke sini.

Ditanya mengenai perkembangan proses pelaksanaannya, Musa berkata kementerian sedang mengadakan rundingan dengan pihak KTMB bagi mengambil alih beberapa gerabak untuk dijadikan gerabak kereta api pelancongan.

DARI KERETA API KE FESTIVAL DURIAN

Langkah kami seterusnya di bumi yang terkenal dalam penghasilan wau bulan dan batik ini ialah ke Festival Durian Pasir Parit 2009 di Kuil Tir Kun, Pasir Parit, Pasir Mas, iaitu kira-kira 30 minit perjalanan dari Kota Baharu.

Ketika memasuki jalan ke kampung itu, pandangan kami disegarkan dengan rimbunan pepohon buah-buahan yang menghijau di sepanjang laluan.

Kelihatan juga kelibat beberapa ekor tupai melompat dari pokok ke pokok seakan bergembira menanti kunjungan kami ke kampung yang juga merupakan dusun buah-buahan seperti durian, dokong, rambutan, nangka dan manggis.

Sampai di kuil, rombongan menteri disambut dengan tarian singa dan paluan gendang di samping pelbagai persembahan kebudayaan antaranya tarian klasik India, persembahan wayang kulit dan dikir barat oleh etnik Cina tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung Baru Rangkaian Pasir Parit, Koh Guat Sing ketika mengalu-alukan kedatangan rombongan, berkata dengan kira-kira 1,600 penduduk menghuni 200 buah rumah, menjadikannya sebagai perkampungan orang Cina terbesar di Kelantan.

Melihat kepada kepelbagaian persembahan dan kerukunan penduduk di situ, Ng dalam ucapannya meminta Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPNK) Kelantan Sulaiman Ismail supaya menyenaraikan Kampung Pasir Parit sebagai satu daripada destinasi pelancongan.

“Saya sedia maklum Kampung Pasir Parit mempunyai seorang ahli budaya yang dikenali ramai. Oi Hock Seng…siapa yang tak kenal dia di Kelantan. Beliau telah memecah tradisi dengan menjadi seorang tok dalang dalam permainan wayang kulit serta dikir barat yang biasanya didominasi orang Melayu. Beliau juga telah mengadakan persembahan di beberapa tempat di dalam dan luar negara.

“Selain wayang kulit dan dikir barat saya juga dimaklumkan kampung ini mempunyai pasukan tarian singa dan beberapa tarian lain. Kepelbagaian ini merupakan satu anugerah yang harus diperguna sebagai produk pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini,” katanya yang disambut dengan tepukan kira-kira 500 tetamu.

PESTA DURIAN SEBAGAI ACARA TAHUNAN

Detik seterusnya memang dinanti-nantikan oleh semua. Acara makan durian dimulakan.

Tetapi bolehkan Pesta Durian di Kampung Pasir Parit ini dijadikan acara tahunan?

Musa yang diajukan soalan itu berkata: “Saya yakin ia boleh jadi kenyataan tetapi untuk berjaya ia perlu dijenamakan terlebih dahulu.”

Untuk berjaya, penduduk di sini perlu mencontohi kejayaan penganjuran acara tahunan pesta “Jom Makan Durian” oleh Plus Expressway Bhd di hentian sebelah Bukit Gantang Lebuh raya Utara-Selatan dan “Pesta Jom Makan Durian” Bukit Gantang yang dianjurkan sebuah parti politik kawasan itu.

Ng yang ditemui selepas itu berkata Kampung Pasir Parit memang berpotensi dan boleh dimajukan sebagai kawasan pelancongan buah-buahan dan budaya.

“Bagi memastikan pelancong datang ke sini, penduduk diminta mengekalkan suasana dan persekitaran sedia ada agar ketulenan, kehijauan dan kesegaran udara dapat dinikmati seperti hari ini,” katanya.

Menghargai usaha kreatif pasukan budaya kampung itu, Ng juga meminta pihak MTPNK memilih pasukan dikir barat Kampung Pasir Parit untuk dibawa bagi mengadakan persembahan di Festival Pelancongan di Langkawi sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA09) yang akan berlangsung pada 1-5 Dis ini.

NAFAS BARU PELANCONGAN KELANTAN

Dengan kepelbagaian makanan, pantai, monumen gergasi, artifak dan khazanah bersejarah, Kelantan yang dikelilingi hutan semula jadi yang dipenuhi dengan spesies hidupan liar yang jarang ditemui sememangnya mempunyai seribu sebab untuk menarik pelancong, pencinta sejarah dan pencinta alam berkunjung ke sini.

“Pelancongan kereta api apabila beroperasi kelak berupaya memberi nafas baru kepada industri pelancongan tempatan yang telah sedia didukungi dengan kepelbagaian sumber tarikan sediakala…saya yakin ia akan menjadi identiti baru Kelantan selain daripada wayang kulit dan mak yong,” kata K. Azham Hamdin, Pegawai Khas kepada Pengarah Urusan Sutra Utama Sdn Bhd.

“Festival durian ini mampu mempelbagaikan lagi wajah pelancongan Kelantan dan di masa yang sama turut memberi nilai tambah kepada kampung ini seterusnya membantu menghasilkan pendapatan sampingan kepada penduduk,” katanya.

Bagi penulis, sekiranya cadangan ini berjaya dilaksanakan, Kelantan diumpamakan seperti seorang wanita rupawan yang memperoleh solekan baru bagi menyerikan lagi wajah yang sedia cantik.

— BERNAMA

Posted by: silamgemilang | Julai 14, 2009

Intramuros kumpul sejarah Filipina

Intramuros kumpul sejarah Filipina

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my


 

Bekas kubu simpan tinggalan, kesan perang lebih tiga dekad rejim Sepanyol

MUNGKIN sukar dipercayai, peristiwa berlaku 500 tahun lalu di kota metropolitan Manila, Filipina boleh dijejaki semula hanya dalam tempoh sehari dengan mengunjungi Muzium Intramuros yang dibina sebelum era penjajahan Sepanyol di Filipina pada 1570.

Muzium itu adalah kubu perang kerajaan Manila di Pulau Luzon pada zaman silam dan turut digunakan sebagai tapak pertahanan untuk menentang Sepanyol, selain bukti kebangkitan rakyat Filipina menuntut kemerdekaan.
Tiga tokoh yang sinonim dengan perjuangan kemerdekaan Filipina daripada penjajahan Sepanyol iaitu Rajah Sulayman, Lapu-Lapu dan Dr Jose Rizal bagaikan berada di depan mata ketika berada di destinasi unik itu.

Ia dilengkapi pelbagai plak dokumen sejarah, lukisan, arca, patung wira republik, replika pelbagai peralatan meliputi senjata, teko dan mesin percetakan majalah serta akhbar dan kenderaan pada era kolonial.

Pengunjung disajikan dengan tayangan video dilakonkan semula mengenai kejayaan Sepanyol diketuai panglima perang, Miguel Lopez de Legaspi menawan kerajaan Manila yang ditadbir Rajah Sulayman pada 1570.

AntArA replika era penjajahan Sepanyol di Filipina di Kubu Intramurous, Manila, Filipina.

Rajah Sulayman, tokoh Islam berketurunan Tausug terus berjuang mengembalikan kedaulatan kerajaan Manila sehingga mati dibunuh penjajah pada 1571.

Lapu-Lapu yang juga beragama Islam berketurunan Tausug adalah Raja Mactan, sebuah wilayah di Pulau Cebu dan beliau dikenang kerana berjaya membunuh lagenda pelayar, penakluk dan penyebar Kristian Sepanyol berbangsa Portugis, Ferdinand Magellan pada 27 April 1521.

Lapu-Lapu atau juga dikenali Kalifah Pulaka masyhur sebagai tokoh nasionalis dan rakyat Filipina yang pertama menentang kolonial Sepanyol.

Sebagai mengenang jasanya, rakyat Cebuano menggantikan nama kota Opon di Cebu kepada Kota Lapu-Lapu, selain mendirikan patung tokoh itu.

KeretA kuda adalah pengangkutan unik yang popular di Manila.

Rizal pula dihukum bunuh dengan menembaknya pada 28 Ogos 1893 kerana membangkitkan semangat patriotisme rakyat memerdekakan Filipina menerusi pena termasuk karyanya di majalah Sepanyol, La Solidaridad.

Di luar Muzium Intramuros yang dikenali wilayah Intramuros yang bermaksud `Berada dalam cermin’ menyimpan banyak sejarah sebagai pusat politik, ketenteraan dan budaya kekuasaan rejim Sepanyol selama 328 tahun di Manila.

Gereja Roman Katholik bersejarah San Augustine yang dibina pada 1508 adalah antara tarikan kawasan ini, begitu juga bangunan Intendencia Ruin yang musnah dibom ketika Perang Dunia Kedua pada 1941 hingga 1945.

Casa Manila pula adalah kediaman eksklusif pembesar Sepanyol dilengkapi gerbang dihiasi kereta kuda dan pedati, ruang tamu ada landskap indah, bilik rehat pembesar, perabot lama, seterika antik menggunakan arang kayu, dapur kayu api dan pelbagai aksesori pada era 1800.

Keunikan kota metropolitan Manila dapat dinikmati penulis bersama 11 rakan media dari Sabah dan pegawai Lembaga Pelancongan Sabah (STB) yang berada empat hari di situ atas jemputan Jabatan Pelancongan Filipina dan Syarikat Penerbangan Cebu Pasific Air (CEB) pada 15 hingga 18 Ogos lalu.

Pengangkutan unik turut ditawarkan kepada pengunjung di Manila iaitu kenderaan dikenali `jeepney’ yang menjadi identiti kota metropolitan itu, selain boleh kembali ke zaman silam dengan menaiki kereta kuda atau beca.

Bagi mereka yang berminat membeli kraf tangan unik dan pakaian ada corak keindahan Filipina, Mananzan Handicrafts, Pusat Beli-Belah Green Hills dan Tiendesitas adalah destinasi yang wajib dikunjungi.

Mengunjungi Green Hills membolehkan penulis menemui peniaga beragama Islam dari etnik Maranao atau di negara kita, Iranun yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian dan kraf tangan.

Seorang peniaga wanita yang memperkenalkan dirinya dari etnik Maranao, terkejut apabila penulis menyapanya `Antuna e abar?’ (bahasa Iranun yang bermaksud `Apa khabar?’) serta peniaga itu menjawab `Mapia’ (khabar baik).

Pusat Rekreasi Enchanted Kingdom menjanjikan keunikan tersendiri dengan pengunjung seolah-olah berada di tiga benua iaitu Victoria Park bagaikan di London; Midway Boardwalk pula membawa pengujung ke salah sebuah taman hiburan tertua Amerika Syarikat di Pulau Coney; dan Jungle Outpost menyingkap misteri dan pengembaraan lasak di hutan tebal Amazon, Brazil.

Justeru, kunjungan ke kota metropolitan Manila membawa pengunjung ke dua era berbeza iaitu zaman moden dan ketika penjajahan Sepanyol pada 1570 hingga 1898.

FAKTA: Filipina

  • Filipina memiliki 7,107 pulau yang menawarkan keindahan semula jadi, pengembaraan lasak di darat dan dasar laut serta penduduknya kaya dengan kebudayaan.
  • Kelab Rekreasi dan Permainan (Pagcor) menawarkan aksi akrobatik yang menghiburkan dengan penampilan gabungan kumpulan akrobatik dari Filipina, China dan Russia yang membuat persembahan dua jam.
  • Taman Peringatan Perang Filipina seluas 16 hektar menyemadikan 17,000 tentera Filipina,, Amerika Syarikat, Israel dan Burma yang terkorban ketika Perang dunia Kedua pada 1941 hingga 1945.
  • Istana Kelapa, simbolik Filipina sebagai pengeluar kopra dan minyak kelapa terbesar di dunia dibina menggunakan 100 peratus sumber kelapa merangkumi pokok, tempurung dan sabut menjadi antara tarikan Manila.
  • Mall of Asia iaitu pusat beli-belah terbesar di Asia dan keempat terbesar di dunia yang merentangi tiga kilometer Teluk Manila menyeronokkan bagi mereka yang gemar membeli belah seperti pakaian dan kraf tangan, selain menonton wayang.
  • Mengunjungi Tugu Peringatan Dr Jose Rizal membawa pengunjung ke alam perjuangan nasionalis Filipina yang dikatakan berketurunan Melayu itu menentang penjajah Sepanyol.
  • Di Teluk Manila ada Taman Laut Manila yang menempatkan akuarium besar dengan pelbagai spesies ikan seperti jerung, pari dan ketam gergasi.
  • Sungai Pasig sepanjang 25 kilometer turut merentangi kota metropolitan Manila yang merangkumi 14 bandar raya dan tiga majlis perbandaran dengan penduduk dianggarkan 14 juta orang.

    Bagaimana Ke Manila?

  • Ada penerbangan pesawat Cebu Pasific Air (CEB) dari Manila ke Kota Kinabalu atau sebaliknya setiap dua kali seminggu iaitu pada Jumaat dan Isnin dengan tambang mulai RM79 sehala.
  • Penerbangan CEB dari Manila ke Kuala Lumpur empat kali seminggu setiap Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad manakala dari Kuala Lumpur ke Manila juga empat kali seminggu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.
  • Penerbangan mengambil masa 110 minit dari Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Kota Kinabalu ke Terminal Tiga, Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila.
  • CEB yang beroperasi sejak Mac 1996 menawarkan tambang murah harga terbaik dalam industri penerbangan dengan sasaran menarik lebih ramai pelancong Malaysia ke Manila.
  • Keterangan lanjut boleh diperoleh menerusi laman web CEB di alamat: http://www.cebupacificair.com. 
  • Posted by: silamgemilang | Julai 13, 2009

    Kota Kuala Kedah Pintu Masuk Ke Langkawi

    yb sallehKota Kuala Kedah Pintu Masuk Ke Langkawi

    <!–

    By: Ramjit

    –>

    Oleh Munirah Abdul Aziz

    ALOR STAR, 13 Julai (Bernama) — Mungkin tidak ramai yang tahu tentang cerita di sebalik sejarah Kota Kuala Kedah. Jarang sekali generasi muda didedahkan kepada sejarah kota lama ini.

    Jika ditanya, ramai yang pasti menjawab: “Ia adalah pintu masuk ke Pulau Langkawi”. Itu sahaja, tiada yang menarik mengenainya untuk diceritakan lebih lanjut.

    Kota Kuala Kedah suatu ketika dulu dikenali sebagai Kota Kuala Bahang, terletak 12 km dari sini, dengan keluasan lebih 2.0 hektar.

    Kota ini dibina dengan menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah yang memerintah Kota Seputih pada ketika itu.

    JADI REBUTAN

    Kedudukannya yang strategik dari segi pertahanan dan perdagangan menyebabkan Kota Kuala Kedah menjadi rebutan, bukan sahaja oleh pihak Aceh, Siak, Bugis dan Siam, malah negara asing seperti Belanda, Portugis dan Inggeris yang merebut bahagian mereka dalam perniagaan rempah di Asia Tenggara.

    Selepas roboh beberapa kali akibat diserang musuh, Sultan Kedah ke-20, Sultan Abdullah Mukharam Shah mengarahkan supaya kota itu dibina semula.

    Seorang arkitek bernama Hafiz Sab, mengetuai pembinaan semula kota itu dan beliau telah melukis pelan dan reka bentuk sebuah kota di atas tapak asalnya.

    Tembok kota diperbuat daripada batu-bata merah dengan menggunakan bahan adunan tempatan seperti kapur, kulit kerang, kulit siput di samping telur putih dan manisan lebah.

    Batu-bata yang digunakan adalah bermutu tinggi dan dibuat oleh tukang batu dari India yang menggunakan tanah asal yang diambil di bandar Alor Star.

    KEISTIMEWAAN

    Ketua Kompleks Sejarah Kota Kuala Kedah, Md Zokhi Tahir berkata keteguhan seni bina Kota Kuala Kedah masih boleh dilihat sehingga kini. Tiada kota lain yang masih wujud sehingga hari ini kecuali Kota Kuala Kedah, dan inilah keistimewaan kota ini.

    “Untuk memastikan kota ini kekal utuh agar sejarah kegemilangannya tidak dilupakan begitu sahaja, Jabatan Muzium Malaysia melakukan proses baik semula kota,” katanya.

    Beliau berkata proses membaik pulih kota itu melibatkan pembinaan semula tembok dan dua pintu gerbangnya.

    “Kota yang dibina semula adalah mengikut reka bentuk asal dan bahan yang digunakan juga hampir sama dengan bahan asal,” katanya.

    ARTIFAK

    Selain itu, Kota Kuala Kedah juga mempunyai peninggalan artifak seperti pinggan mangkuk seramik, meriam dan peluru.

    “Penemuan artifak seperti pinggan seramik ini membuktikan bahawa Kota Kuala Kedah merupakan pusat perdagangan yang terkenal di era tersebut selain dijadikan sebagai benteng pertahanan,” katanya.

    Md Zokhi berkata bagi memastikan ia terus popular sebagai warisan sejarah negara untuk tatapan generasi akan datang, pengurusan Kompleks Kota Kuala Kedah menjalankan pelbagai usaha menggalakkan pelawat ke kota ini.

    “Kami menyediakan lawatan berpandu selain memberi maklumat mengenai kota ini,” katanya.

    HAYATI SEJARAH SAMBIL BERIADAH

    Bagi mengindahkan lagi kawasan kota bersejarah ini, pihak pengurusan Kompleks Kota Kuala Kedah turut membangunkan kawasan sekitar seperti membina tebing kota dan tempat berjalan kaki di sepanjang sungai berdekatan.

    “Selain melawat, pengunjung juga boleh beriadah sambil menikmati pemandangan indah di sepanjang Sungai Kedah,” katanya.

    Md Zokhi berkata kemudahan awam seperti kafeteria, tandas awam, surau, pejabat informasi, ruang niaga dan gerai cendera mata turut disediakan.

    “Kami mahu menghidupkan kawasan sekitar, bukan hanya menjadikan Kota Kuala Kedah sekadar tempat bersejarah yang boleh dilawati tetapi juga sebuah tempat yang dijadikan pilihan pengunjung untuk beriadah dan bersantai,” katanya.

    — BERNAMA

    Posted by: silamgemilang | Jun 28, 2009

    Promosi Tarik Pelancong Singapura Dan Indonesia Lawat Malaysia

     

    <!–

    By: Ramjit

    –>

    MELAKA, 28 Jun (Bernama) — Dua negara jiran, Singapura dan Indonesia akan difokuskan untuk menarik pelancong asing melawat ke negara ini berikutan wabak Influenza A(HINI) yang menjejaskan kedatangan pelancong luar negara.

    Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata pemilihan Singapura dan Indonesia untuk program promosi ini berdasarkan kedua-dua negara itu adalah jiran terdekat.

    “Mereka lebih memahami situasi wabak Influenza A(H1N1) di Malaysia tidak begitu membimbangkan dan masih boleh dilawati berbanding negara-negara lain di rantau ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat dengan Majlis Tindakan Pelancongan Melaka (MTPM) di sini hari ini.

    Beliau berkata pelancong dari kedua-dua negara itu lebih selesa untuk melawat negara terdekat berbanding dengan negara-negara jauh.

    Menurutnya sasaran bagi 20 juta pelancong asing melawat Malaysia tahun ini juga dijangka tidak dapat dicapai mungkin 15 juta orang berikutan dengan krisis ekonomi global dan wabak Influenza A(H1N1).

    Dr Ng berkata penularan wabak Influenza A(HINI) yang disytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakibatkan ramai pelancong seluruh dunia membatalkan tempahan mereka ke negara ini.

    “Malaysia turut menerima tempias apabila reaksi maklum balas daripada agensi pelancongan di China, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan telah menurun sehingga 20 peratus pada bulan ini bagi rakyat negara itu melawat luar negara berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

    Menurutnya kementeriannya akan mengadakan mesyuarat krisis pengurusan pelancongan esok dengan penggerak sektor pelancongan di negara ini bagi menghadapi situasi wabak Influenza A(HINI) itu.

    “Ini adalah mesyuarat pertama yang kita adakan pada tahun ini bagi kita menyusun strategi menarik pelancong asing yang dijangka menurun untuk bulan ini dan Julai,” kata beliau.

    Kali terakhir kementerian mengadakan mesyuarat yang sama pada Disember tahun lepas berikutan kekalutan akibat penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok, Thailand.

    Mengenai rakyat Malaysia melancong ke luar negara, Dr Ng berkata jumlahnya menurun sebanyak 20 peratus bagi bulan ini berikutan kebimbangan mereka akan wabak itu di negara-negara yang akan dilawati.

    Menyentuh sektor pelancongan di Melaka, beliau amat berpuas hati kerana Melaka yang hanya mempunyai 750,000 penduduk mempunyai kedatangan pelancong sebanyak 7.2 juta pada tahun lepas iaitu pada nisbah satu penduduk, 10 pelancong.

    “Ini adalah pencapaian yang sangat baik yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang mengemudi sendiri program pelancongan di luar negara termasuk Indonesia dan Singapura,” tambah beliau.

    Dr Ng berkata program peningkatan infrastruktur dan tambah nilai pada 160 produk pelancongan yang ada di negeri ini akan dilaksana dan antara yang dikenal pasti ialah Taman 1,000 Bunga di Ayer Keroh di sini yang menghimpunkan koleksi bunga-bungaan dan tanaman herba.

    — BERNAMA

    Older Posts »

    Kategori