Posted by: silamgemilang | November 10, 2009

Ng Lancar Kempen Melawat Malaysia Babitkan Bas-bas Dua Tingkat Di London

Ng Lancar Kempen Melawat Malaysia Babitkan Bas-bas Dua Tingkat Di London

<!–

By: Ramjit

–>

LONDON, 9 Nov (Bernama) — Sebuah bas dua tingkat berwarna merah yang ditempatkan di hadapan Excel Exhibition Centre jelas mencuri tumpuan orang ramai yang berkunjung ke acara tahunan World Travel Mart (WTM) di sini.

Di kedua-dua bahagian badannya terpampang indah poster orang utan dengan berlatar belakang hutan hujan menghijau serta pantai bersih yang dihiasi dengan awan biru, samasekali berbeza daripada persekitaran suram musim luruh di London ketika ini.

Poster itu juga dengan jelas menampilkan promosi keseluruhan tambang dari London ke Kuala Lumpur pada harga 399 pounds oleh Penerbangan Malaysia (MAS).

Ia merupakan sebahagian daripada kempen promosi terkini Tourism Malaysia di United Kingdom, yang dilancarkan oleh Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen di sini Isnin.

Ng berkata kempen RM500,000 yang membabitkan bas dua tingkat yang terkenal di England itu akan menyaksikan bas-bas dengan poster tersebut berulang alik antara bandar raya Manchester dan Birmingham, untuk menarik perhatian orang ramai.

“Sebelum ini kami memberi tumpuan kepada London sahaja, tapi dengan kempen ini, kami lebarkan lagi ruang promosi kepada bandar-bandar di luar London,” katanya.

Terdahulu beliau melancarkan ruang pameran Tourism Malaysia di WTM, yang menampilkan replika Rumah Melaka yang diperbuat daripada kayu, sebagai hiasan untuk mencuri tumpuan ramai.

Kempen-kempen ‘bas iklan’ yang turut disertai oleh Penerbangan Malaysia (MAS) itu akan berlangsung sehingga bulan Januari ini, dan ia akan membabitkan 30 bas di Manchester dan 20 di Birmingam, yang melalui pelbagai laluan sehurang-kurangnya 20 kali sehari di kawasan bandar raya berkenaan.

“Kami juga sedang melihat cara untuk membekalkan pemandu-pemandu bas ini dengan maklumat asas mengenai industri pelancongan di Malaysia, di samping meletakkan risalah mengenai pelancongan di dalam bas-bas berkenaan untuk menyediakan maklumat yang diperlukan penumpang,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: