SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
September 18, 2009 oleh silamgemilang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, Salam 1malaysia, 1Silam, 1Unity, Salam Aidilfitri,
Saya mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah SWT Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pengampun dan Lagi Maha Mengetahui, Selawat Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, dikesempatan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2009 ini, saya sekarang masih berada di Kota Suci Mekah bagi menunaikan Ibadah UMRAH bersama isteri dan anak-anak tersayang. Walaupun jauh di mata namun saya tetap mengingati dan menghargai RAKYAT khususnya di kawasan saya bagi Parlimen P188 Silam, Sabah. Saya selalu berdoa semoga RAKYATKU sentiasa dimurahi rezeki, rajin bekerja, eratkan silaturrahim dan perpaduan tanpa mengira kaum dan bangsa, dirahmati dan mendapat perlindungan Allah SWT.
Hari ini saya dapat merasai RAKYAT dalam keadaan sibuk mengatur persiapan Hari Raya. Malam ini sama-samalah kita mendengar pengumuman HARI RAYA AIDILFITRI yang akan diumumkan secara langsung melalui kaca TV 1,2,3 dan siaran Radio. Pada petang ini semua lokasi untuk melihat anak bulan saya janga sudah bermula dan akan ditentukan berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Saya berpesan kepada diri dan RAKYAT agar berbelanja secara berhemah dan tidak membeli-belah melebihi had kewangan sehingga boleh menjejaskan kehidupan keluarga sendiri. Semalam kakitangan kerajaan telah menerima BONUS yang dibayar sebanyak 2 kali iaitu bulan ini dan bulan Disember. Tambahan nilai wang yang ada dapat diguna sebaik-baik bagi meringankan beban bagi persediaan membeli barangan yang berpatutan.
Kepada kaum muslimin dan muslimat yang belum membayar ZAKAT FITRAH masih belum terlewat lagi boleh berkunjung ke lokasi yang telah disediakan bagi membayar zakat. Pembayaran awal zakat ini bertujuan mengelakkan terlupa dan kesibukaan di saat-saat akhir. Zakat yang ditetapkan pada tahun ini berjumlah RM6.60 sahaja.
Hari ini kebiasaanya lebih banyak kereta yang menggunakan jalan raya untuk balik kampung dan akan berkurangan di kawasan Bandaraya dan bandar. Kepada pengguna jalan raya yang sedang dalam perjalanan balik kampung saya menasihatkan agar memandu kereta dalam keadaan selamat, pastikan anda sebagai pemandu tidak mengantuk, jika merasa diri mengantuk saya berharap agar anda parking dan tidur dalam lingkungan masa 7 hingga 10 minit bagi memulihkan tenaga semula dan kesegaran badan. Anda sebenarnya tidak rugi menggunakan masa rehat sebentar bagi melancarkan perjalanan anda dengan baik dan selamat. Pastikan kereta dalam keadaan baik bagi melicinkan perjalanan balik kampung.
Tahun ini negara -negara dunia tidak terkecuali juga negara kita terlibat dengan jangkitan H1N1 yang telah meragut nyawa dan menyerang mangsa secara tiba-tiba. Kepada anda yang sedang membeli-belah lebih baik menggunakan penutut mulut dan hidung bagi mencegah dari jangitan virus ini. Bah kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubat.
Bulan ramadhan yang penuh keberkatan amat dirindui oleh para ulama yang menjanjikan pahala lebih baik dari seribu. Bagi mereka berakhirnya puasa ini akan berlinangan air mata dengan tangan menadah doa kehadrat Allah SWT. Penghayatan Ramadhan yang membuka pintu rezeki, pintu doa dan segala amalan yang baik akan dibalas dengan berlipat ganda. Melalui puasa badan kita sebenarnya banyak dilatih untuk berehat,membersihkan dan memulihkan dari segala penyakit. Jangan lupa selepas beberapa hari di bulan syawal nanti ada lagi amalan ibadah puasa sunat yang dikatakan mempunyai nilai pahala yang amat tinggi sekali.
Sempena menjelang tiba hari yang mulia ini saya YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan UPF PBB, Isteri Hajah Fatmah Binti Abd. Aziz, anak-anak serta seisi keluarga dan staff P188 Silam mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Maaf Zahir dan Batin kepada kaum muslimin dan muslimat RAKYAT kawasan P188 Silam, Sabah dan Malaysia.
Saya amat mengalu-alukan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Yang Berhormat Menteri Kabinet Malaysia dan Sabah, YBhg. Dato, Datin, Tuan, Puan, Encik dan Cik ke Majlis FESTIVAL AIDILFITRI pada Hari Raya ke – 3 jam 9.45 pagi hingga jam 2.00 petang bertempat di Dewan Tun Haji Mustapha, lahad Datu, Silam. Sabah. Kehadiran adalam dialu-alukan dan diucapkan jutaan terima kasih.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI
Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap
Duta Keamanan UPF PBB
Tinggalkan Jawapan