Posted by: silamgemilang | Jun 28, 2009

Manusia Dan Buaya Di Sungai Linggi Ada Perjanjian

 

<!–

By: Ramjit

–>

Oleh Shahrullizan Rusli

PORT DICKSON, 24 Jun (Bernama) — Ini hanyalah satu lagenda lama, pada zaman dahulu kala orang kampung dan buaya di Sungai Linggi dikatakan ada membuat satu perjanjian.

“Kita jangan usik-usik. Kita buat hal masing-masing. Insya Allah kita akan selamat sehingga ke anak cucu”, begitulah kononnya bunyi perjanjian itu dan ia mungkin benar kerana belum ada terdengar serangan buaya ke atas manusia sehingga sekarang di Sungai Linggi seperti mana yang terjadi di sungai-sungai di negeri Sarawak.

Begitu pun, manusia terutama orang luar diminta menghormati pantang larang seperti mana yang tercatat pada papan tanda di kaunter jualan tiket bot PD Travel & Tours Sdn Bhd di Pengkalan Kempas, Sungai Linggi yang meminta pelancong tidak menepuk-nepuk air atau membasuh kaki di sungai itu.

Satu lagi papan notis yang mengesahkan kewujudan buaya didirikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sebelum pelancong menaiki jeti.

Ia berbunyi: “Dilarang mengganggu buaya dan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No 76 tahun 1976. Anda boleh dikenakan denda RM2,000 sehingga RM10,000 atau penjara dua hingga 10 tahun”.

LIHAT BUAYA BERJEMUR

Kesemua misteri ini sebenarnya hanya menambahkan minat untuk pelancong meneroka mistik Sungai Linggi, Sungai Timun, Sungai Rembau dan Sungai Pedas di Negeri Sembilan.

Pengerusi Kumpulan PD Travel & Tours Sdn Bhd Datuk Yaacob Hussin pula berpesan kepada penulis Bernama supaya tidak “cakap lepas” dan nasihat yang sama sering juga diberikan kepada pelancong yang menaiki bot di pengkalan itu.

Menurut Yaacob, data daripada Perhilitan menunjukkan ada lebih kurang 3,000 ekor buaya di Sungai Linggi dan di mana ada buaya, di situlah ada burung bangau.

“Orang memang suka datang untuk melihat buaya, pengalaman menyaksikan buaya berjemur di tebing sungai tidak sama dengan perasaan kita melihat buaya di dalam kandang,” katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa pengalaman menyusuri Sungai Linggi untuk menyaksikan buaya yang biasanya dibuat pada waktu siang hari adalah selamat sepenuhnya.

KELIP-KELIP

Pada waktu petang hingga malam pula, bot-botnya akan membawa pelancong menyusuri Sungai Linggi sehingga ke Sungai Timun untuk menyaksikan serangga kelip-kelip menghiasi pokok Berembang seumpama bintang palsu yang menghiasi pohon Krismas.

“Kadang-kadang jika ada lampu suluh, kita boleh lihat buaya-buaya ini dalam gelap, hanya mata mereka yang berwarna merah sahaja yang nampak”, katanya.

Penulis yang menaiki bot syarikat itu dalam program Kembara Zoom Malaysia siri Jejak Perpatih IV berpeluang menyusuri Sungai Linggi sebelum tiba di jeti pengkalan Sungai Timun yang agak terkenal dengan masakan udang galahnya yang manis.

Perjalanan selama sejam sebenarnya terasa agak mencabar selepas mengetahui di sebalik tebing yang dipenuhi pokok bakau terdapat puluhan ekor buaya memerhatikan bot penulis.

Bukan sekadar buaya, bangau dan kelip-kelip sahaja yang menjadi daya tarikan Sungai Linggi ini kerana yang sebenarnya sungai ini kaya dengan sejarah.

SEJARAH SUNGAI LINGGI

Jika menyusuri sungai, pengunjung akan melihat kawasan Tebing Tinggi iaitu satu kawasan berbatu yang menjadi tempat Raja Melawar iaitu moyang kepada raja-raja di Negeri Sembilan hari ini menjalankan hukuman ke atas rakyatnya yang menderhaka.

Menurut cerita orang kampung, dahulu ada kubur di kawasan itu tetapi proses hakisan menyebabkan kubur itu yang dipercayai mereka yang telah dihukum bunuh terbenam ke dalam air sungai.

Pengunjung juga akan melihat satu tapak yang sebenarnya adalah bangunan mengutip cukai pada zaman dahulu kala, cukai-cukai ini dikenakan ke atas perahu atau kapal yang membawa barang dagangan ke Pengkalan Kempas.

Mengikut sejarah, Sungai Linggi adalah jalan pengangkutan yang sangat penting dan di beberapa kawasan di sungai itu terutama di kawasan Sungai Rembau dan Sungai Pedas ada didirikan kubu pertahanan ketika berlaku peperangan dengan Inggeris satu masa dahulu.

Di Pengkalan Kempas sendiri, terdapat tempat menarik seperti Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas dan makam seorang ahli ulamak dari India yang datang ke bandar kecil itu pada zaman dahulu.

Penulis memberi jaminan, tidak rugi melawat Sungai Linggi melalui jeti Pengkalan Kempas kerana ia hanya mengambil masa 20 minit sahaja perjalanan dari Teluk Kemang, Port Dickson.

Harga tiket bot yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM18 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak dan tempahan boleh dibuat melalui PD Travel & Tours melalui laman web http://www.kumpulanybh.com atau di kaunter mereka di jeti Pengkalan Kempas, Linggi.

Jika hendak melihat buaya dan kelompok burung bangau dengan jelas, datanglah pada waktu siang dan jika kelip-kelip menjadi pilihan, pengunjung boleh bertolak selepas senja tetapi eloklah membawa lampu suluh masing-masing.

— BERNAMA

Advertisement
Posted by: silamgemilang | Jun 28, 2009

Macau Punyai Pusat Sejarah Unik

 

<!–

By: Ramjit

–>

Oleh Haslin Gaffor

MACAU, 25 Jun (Bernama) — Macau, yang terletak di Wilayah Guangdong, China, bukan sahaja terkenal dengan kasino malahan tarikan sejarah khususnya peninggalan Portugis.

Dan tidak hairanlah, kota ini memiliki sebuah Pusat Sejarah Macau yang tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia ke-31 di China dan menjadi daya tarikan kepada pelancong.

Keunikan yang terdapat di pusat sejarah ini ialah sebuah kota kuno yang mengandungi antaranya bangunan gereja lama, gedung bersejarah, kuil dan tembok kota lama.

Elemen bersejarah ini menjadikan adunan kota lama dan pembangunan pesat dalam perindustrian terutama kemunculan pusat peranginan serta bangunan kasino memeriahkan lagi tarikan pelancongan di Macau.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai Macau ketika penulis menyertai kumpulan media dari Sabah dan Sarawak menerokai kota Macau atas jemputan Pejabat Pelancongan Kerajaan Macau baru-baru ini.

TEROKA SEJARAH KOTA MACAU

Lawatan ke sebahagian bangunan lama yang terdapat di Pusat Sejarah Macau antaranya Ruins of St.Paul, Kuil Na Tcha, Tembok Kota Lama, Senado Square, Bangunan Leal Senado, Gereja St. Lawrance (dibina pada 1858) dan Gereja St. Joseph (1758), memberi peluang untuk menerokai sejarah Macau.

Ruins of St.Paul merupakan peninggalan halaman depan berbatu dan tangga dari sisa bangunan gereja St.Paul yang dibina pada 1602 dan turut menempatkan Kolej Jesuit St.Paul yang menjadi universiti Barat pertama di Asia untuk ahli astronomi dan matematik.

Bagaimanapun, pada 1835, kebakaran melanda gereja dan universiti ini yang meninggalkan hanya halaman depan dengan baris empat tiang dilengkapi dengan ukiran dan patung.

Lokasi ini menjadi tarikan utama kepada pelancongan Macau dan turut dijadikan lokasi pertunjukan muzik dan persembahan kebudayaan masyarakat Macau dan komuniti kecil Portugis.

Macau mempunyai populasi penduduk dianggarkan berjumlah 549,200 dengan 90 peratus adalah etnik Cina dari wilayah berbeza dikenali sebagai Guangdong dan Fujian. Enam peratus lagi adalah rakyat asing Portugis, Eropah dan lain negara.

Kunjungan ke Macau tidak lengkap jika tidak ke Senado Square yang merupakan kawasan membeli-belah yang dilengkapi dengan butik pakaian jenama tempatan dan luar negara, kafe dan kedai cendera hati.

Laluan pejalan kaki yang unik dibuat menggunakan batu mozek corak berombak inspirasi oleh gaya dan bahan dari Portugal menjadi penarik kepada kawasan membeli-belah ini, yang turut terkenal sebagai tempat mengadakan acara kebudayaan.

MUZIUM YANG UNIK

Muzium Macau merupakan lokasi yang perlu dikunjungi kerana di sini terdapatnya pameran sejarah mengenai Macau sejak empat abad lepas dan replika rumah lama yang terdapat di Macau.

Bagi peminat lumba kereta dan motosikal, kunjungan ke Muzium Grand Prix Macau pasti berbaloi kerana di sini terdapat pameran mengenai sejarah perlumbaan dan replika kereta serta motosikal yang digunakan dalam beberapa siri perlumbaan di dunia.

Macau memang terkenal dengan penganjuran siri beberapa perlumbaan kereta atau motosikal dengan mempunyai litar lumba yang dikenali sebagai Sirkit Grand Prix Macau.

Setiap tahun siri perlumbaan Formula 3 yang melahirkan pemandu muda berbakat ke Formula 1 seperti Luis Hamilton dianjurkan di sirkit ini pada setiap bulan November yang menggunakan jalan raya di sekitar kota Macau.

Terdapat 17 lagi muzium di sekitar Macau dengan tema yang berbeza antaranya kesenian, wain, maritim, komunikasi, alat muzik dan perkhidmatan bomba.

Seperti bandaraya besar lain di dunia yang mempunyai menara tertinggi, Macau juga mempunyai menaranya sendiri yang mempunyai ketinggian 338 meter dan tersenarai dalam 10 menara tertinggi di dunia.

Selain dapat menikmati pemandangan yang menarik sekitar kota Macau, pengunjung boleh mencuba juadah makanan di restoran berpusing yang terdapat di atas menara ini atau mencuba aktiviti riadah lain iaitu Sky Jump serta Mast Climb.

Macau mempunyai keluasan keseluruhan berjumlah 29.2 kilometer persegi merangkumi kawasan semenanjung Macau berkeluasan 9.3 kilometer persegi yang menghubungkan kepada tanah besar China, Pulau Taipa (6.7 km persegi), Coloane (7.6 km persegi) dan Cotai (5.6 km persegi).

Bagi menghubungkan Macau dengan Pulau Taipa, tiga jambatan utama dibina yang masing-masing sepanjang 4.5 kilometer, 2.5 km dan 2.2 km.

Macau mempunyai Pentadbiran Khas Wilayah Republik Rakyat China (subs: Special Administrative Region of the People’s Republic of China) dan seperti Hong Kong, Macau juga menerima kelebihan dari segi pentadbiran sendiri berlandaskan ‘satu negara, dua sistem’.

Pada masa sekarang industri Macau juga pesat membangun seperti tekstil, elektronik dan kewujudan pusat peranginan bertaraf lima bintang memeriahkan lagi industri pelancongan di wilayah ini.

KASINO

Industri pelancongan di Macau tidak dapat dipisahkan dengan kasinonya yang turut mewujudkan hotel bertaraf lima bintang, pusat peranginan dan pusat membeli-belah.

Beberapa syarikat kasino besar antaranya dari Hong Kong dan Las Vegas Amerika Syarikat membuka cawangan masing-masing di Macau, sekaligus memeriahkan lagi industri perhotelan di Macau.

Apa yang menariknya, terdapat antara kasino ini menyediakan pusat membeli-belah di dalamnya dengan seni bina dan suasana yang menarik seperti di Macau Fisherman’s Wharf dan di Venetian.

Menjelang malam, Kota Macau dilihat lebih meriah dengan sinaran dan kerlipan lampu berwarna-warni dari beberapa bangunan kasino yang dibina dengan unik dan moden.

Macau sememangnya menjadi lokasi terkenal kepada pelancong dari Malaysia berdasarkan peningkatan yang mendadak dengan hanya 48,391 orang dicatatkan melawat Macau pada 2004 dan meningkat kepada 428,603 orang pada tahun lepas.

Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, 136,142 rakyat Malaysia telah berkunjung ke Macau dan perkhidmatan penerbangan syarikat tambang murah AirAsia memudahkan pelancong Malaysia berkunjung ke Macau.

AirAsia menyediakan penerbangan terus Macau-Kota Kinabalu, Macau-Kuching dan Macau-Kuala Lumpur.

— BERNAMA

Posted by: silamgemilang | Jun 28, 2009

Bukit Fraser Tetap Gamit Pelancong

Oleh Norehan Saleh BUKIT FRASER, 26 Jun (Bernama) —

Bukit Fraser bukanlah nama kecil dalam industri pelancongan negara. Terletak di Banjaran Titiwangsa, Pahang, ia merupakan kawasan pelancongan tanah tinggi yang menarik kerana suhunya antara 17 dan 24 darjah Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Terletak kira-kira 105 kilometer dari Kuala Lumpur, di sini terdapat banyak bangunan dan banglo dibina mengikut gaya dan cita rasa kolonial British. Pekannya agak kecil, dikenali sebagai ‘Little England’ dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor. Bagi mereka yang pernah berkunjung, pastinya keindahan flora dan faunanya cukup memikat. Udaranya yang segar cukup menenangkan bagi mereka yang mahu “menyatukan” diri dengan alam semula jadi yang luas menghijau itu. SUNTIKAN BARU UNTUK ‘THE LITTLE ENGLAND’ Menyedari bahawa ‘Little England’ ini perlu diberikan suntikan baru, kerajaan memperuntuk sebanyak RM30 juta bagi membangunkan kembali Bukit Fraser menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi. Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Ariffin berkata jumlah itu ialah bagi projek pembangunan fasa pertama iaitu memperbaik semula bangunan-bangunan lama di sini. “Kementerian Pelancongan serius dalam usahanya memulihkan kembali Bukit Fraser sebagai sebuah destinasi pelancongan terbaik di negara ini. “Usaha pemulihan itu akan dilakukan secara berperingkat supaya ia dapat menarik semula kedatangan pelancong ke sini seperti zaman kemuncaknya sebelum ini,” katanya ketika ditemui Bernama pada pertandingan fotografi alam semula jadi Bukit Fraser, baru-baru ini. KARNIVAL BERKONSEPKAN KELUARGA Selain itu, Amran berkata menerusi sokongan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) dan Majlis Daerah Raub, acara yang dijadualkan tahun ini juga akan dilaksanakan secara besar-besaran tahun depan. “Sasaran kami ialah seramai 35,000 pengunjung dalam tempoh sebulan, dan kami juga mengharapkan jumlah itu lebih tinggi ketika musim percutian sekolah atau hujung tahun,” katanya. Amran berkata Tourism Malaysia Pahang dengan kerjasama Kerajaan Pahang, Majlis Daerah Raub, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Hotel Shahzan Inn, The Pines Resort serta Persatuan Pencinta Alam Malaysia juga mengadakan karnival berkonsepkan keluarga di sini. “Karnival itu akan menyediakan lapan program utama bermula Jun dan berakhir pada hujung tahun ini sebagai tarikan mengajak pengunjung ke pusat peranginan ini,” katanya. Program itu ialah pertandingan fotografi alam semula jadi, pertandingan mengenal burung antarabangsa Bukit Fraser, kejohanan memanah, kejohanan golf, pencarian harta karun, kejohanan paintball, berbasikal mini merentas pekan Bukit Fraser dan kejohanan woodball. “Kami juga akan menjadikannya sebagai acara tahunan, dan sebagai permulaan, program berkenaan diadakan secara berperingkat supaya ia sentiasa dapat menarik pengunjung ke sini,” katanya. Berkenaan pertandingan fotografi alam semula jadi itu, Amran berkata ia merupakan acara permulaan bagi karnival berkonsepkan keluarga itu yang dirangka oleh Tourism Malaysia Pahang bagi memupuk pemahaman pengunjung mengenai kepentingan pemuliharaan alam semula jadi. “Kami berharap menerusi pelbagai program yang dirangka ini, Bukit Fraser akan kembali menjadi destinasi utama pelancongan tanah tinggi negara,” katanya. Terdapat dua laluan ke Bukit Fraser iaitu dari Kuala Lumpur menuju ke Rawang, Kuala Kubu Baharu, Ampang Pechah dan Gap sebelum mendaki ke Pekan Bukit Fraser. Laluan kedua ialah dari Kuala Lumpur ke Bentong, Raub, Tras dan Gap. Seterusnya mendaki dari Gap ke Pekan Bukit Fraser. — BERNAMA

Posted by: silamgemilang | Jun 11, 2009

Tabin Wildlife Reserve

Imagine a close encounter with wildlife as if starring in a National Geographic documentary; and getting in touch with Mother Nature in her purest, most untouched form-Tabin Wildlife Reserve gives you this and more.
Nestled amidst 120, 500 hectares of dipterocarp rainforest, Tabin Wildlife Reserve is home to various endangered wildlife such as the Borneo Pygmy elephant, the Sumatran rhino, Tembadau and exotic birdlife. Wildlife photography aficionados and birdwatching enthusiasts will find their visit to Tabin a truly priceless experience!
Enhance your life with the experience of rainforest life as you listen to the calming sounds of nature in Tabin. Covered in euryspecies lowland rainforest, Tabin nurtures a colossal number of tropical plants; some of which are rich in medicinal and therapeutic values.
Pamper your skin by indulging in Tabin’s mineral-rich mud volcanoes and salt springs. This gift of nature also serves as salt-lick for the wildlife and bird populations. Naturalists can drink in the best of nature’s offering by trekking through the rainforest for a journey of 23 kilometers. Along the way, there are campsites for overnight stays.
After an exhilarating adventure, make your way to Sunbird Café to have your meal served, chill out, and share your venture experience with other like-minded visitors. Dubbed the “happening place” to eat, a must-try dish in this café would be the pakis dish-where tender tips of wild fern, a healthy vegetable abundantly growing in Tabin, are whipped to a meal of perfection. Following a sumptuous meal, sit back and relax as you sip coffee while enjoying the spectacular view of the forest and the river nearby.
Whether you’re a wild adventure seeker, an environmentalist earth mother, a photography lover, an animal activist, or simply just someone looking out for something fun; Tabin extends her arms in welcome. Here, you’ll get a taste of nature like nowhere else.

Getting There
By Air

 Daily flights connect Kota Kinabalu to Lahad Datu. Flight duration is about 1 hour. From Lahad Datu, a 1:15 hour drive, part of it on gravel road, will take you to Tabin.

By Road

 

Contact
Tabin Wildlife Holidays Sdn Bhd
Lot 11-1, 1st Floor, Block A, Damai Point,
Jalan Damai, 88300 Kota Kinabalu

Tel: +6088 267266 (reservation and inquiries)
Fax: +6088 258266
E-mail: enquiry@tabinwildlife.com.my
Website: http://www.tabinwildlife.com.my

Posted by: silamgemilang | Jun 11, 2009

Madai – Baturong Forest Reserve Nature Centre

Madai – Baturong Forest Reserve Nature Centre
Lahad Datu

Another treasure of the Sabah’s East Coast is the Madai Baturong Forest Reserve Nature Centre. This 3,436.5 hectares large area is located about 50 kilometers from Lahad Datu, 15 kilometers from Kunak.

Madai is basically a bird cave where the popular birds nest delicacy originates, while the Baturong cave is riddled with several caverns which contain ancient coffins.

The Madai – Baturong Forest Reserve Nature Centre has been classified as a Class 1 forest reserve and is an excellent place for a day of cave exploration trip. Outdoor lovers will delight at the opportunity to familiarize with various aspects of tree species, caves, and the endemic flora and fauna in the area.

In addition to its canopy walkway, visitors of this forest reserve should not miss the chance to take a dip in the cool crystal clear stream of its scenic waterfalls.

Tariff:
Entrance fee is RM1.00/pax

Visiting Hour:
Pre-arrange with the Kunak Regional Forestry office

Getting There:
To get to the Madai – Baturong Forest Reserve Nature Centre, visitors can either take a 55-minute flight (MAS) from Kota Kinabalu to Lahad Datu or travel by road by taking a 7-hour bus ride.

Further Information:
Kunak Regional Forestry office
P.O.Box No 2
91207 Kunak
Tel: 60 89 851863
Fax: 60 89 851862

Posted by: silamgemilang | Jun 11, 2009

Danum Valley Conservation Area

Danum Valley Conservation Area
Lahad Datu

On a sprawling 438 square kilometer undisturbed land, 70 kilometers (44 miles) west of Lahad Datu, lays nature’s jewel called the Danum Valley Conservation Area. This conservation area boasts one of the richest conservation areas in the world with over 200 species of tree per hectare thriving in it.

Recognized as one of the world’s most complex ecosystem, this forest serves as a natural home for endangered wildlife species such as the Sumatran rhino, banteng, Asian elephant, clouded leopard, orang utan, proboscis monkey, as well as a vast range of Sabah’s lowland fauna.

Being remote from human habitation and almost alien to modern civilization makes the Danum Valley Conservation Area is a naturalists’ paradise. Drink in the beauty of this virgin forest by taking nature walks with experienced naturalists through tranquil rivervine and lowland dipterocarp forest.

Avid birdwatchers will appreciate the 170-meter-long and 27-meter-high canopy walkway which offers a peek into abundant bird life in the forest canopy. The Danum Valley Conservation Area also has beautiful waterfalls and rivers including Sungai Purut 7-tiered pools—one of the most spectacular waterfalls and pools found in Danum Valley Conservation Area.

Here, visitors also get the chance to visit an ancient Kadazandusun burial site, complete with belian coffins and ceramic spirit jars. Three burial sites have been discovered in Danum Valley—two near the field centre and one below the cliff, overlooking Borneo Rainforest Lodge.

On the way down, visitors can take a dip in the jacuzzi pool that is leech-free and safe for swimming. Later in the evening, go for a wildlife watching night drive in an open jeep. Depending on luck, wildlife photography enthusiasts will get an excellent opportunity to catch snapshots of the elusive wild inhabitants of the Danum Valley Conservation Area.

Be more enlightened about nature and wildlife by watching an educational video and slide presentations. Those planning extensive wildlife photography are recommended to stay for at least 3 days to have better success at finding wild animals frolicking about.
Please pre-arrange with the travel agent regarding your booking.


Further Information

For bookings and enquiries contact:

Borneo Nature Tours S/B
Block D, Lot 10, Ground Floor, Sadong Jaya Complex,
88100 Kota Kinabalu, Sabah
P.O.Box 1162, 88817 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: 088-267637 Fax: 088-251636

E-mail: info@borneonaturetours.com
Website: http://www.borneonaturetours.com

Posted by: silamgemilang | Jun 11, 2009

Tamu Kudat

The tamu (market) in Kudat is a great opportunity to discover local produce and unique handicrafts. The tamu is a flurry of sights, sounds and smells, bustling with traders and buyers hoping to get a good bargain! In Kudat, the tamu is known for its local-grown vegetables, dried fish, tropical fruits and edible seaweed.

Be sure to check out the Rungus handicraft, particularly their intricate beaded work and handwoven Tinohian cloth. When in Kudat, make a trip to Tanjung Simpang Mengayau , The Tip of Borneo. This is the meeting point of the South China and Sulu seas, with a rich historical and cultural background. The dramatic vista of the endless sea and blue skies will take your breath away.

Held on
Tuesday & Wednesday

Opening hours
Most ‘tamu’ operate as early as 6am and close by 2pm

Getting There
Kudat is 190km from Kota Kinabalu and the journey by road will take approximately 3 hours. You can take a bus from the City Bus Terminal (North) for RM18.00 per person (one way). The return ride will depart from the same drop off point in Kudat. Inform your bus driver of your destination. The bus runs from 7:30am to 5:00pm.
More photos

Posted by: silamgemilang | Jun 11, 2009

Tamu Kuala Penyu

Tamu Kuala Penyu
Kuala Penyu
Kuala Penyu is a quaint district located some 114 km from Kota Kinabalu. The town comes alive each Tuesday as traders and members of the community gather at the daily Tamu(market). From leafy greens to delicious local cakes, vendors proudly display their goods, enticing passers-by with bargains. Come and join the hustle and bustle of traders at this weekly market.

Held on
Tuesday

Opening hours
Most ‘tamu’ operate as early as 6am and close by 2pm

Getting there
Take a taxi, which will cost RM30.00 per person (one way). A bus ride from the city centre to Kuala Penyu town is RM10.00 per person (one way).

 Jun 10, 2009 by silamgemilang Assalamualaikum dan Salam sejahtera

PERASMIAN PENUTUPAN : YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI AHLI DEWAN RAKYAT PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN PBB

TARIKH : 13HB / JUN / 2009 ( SABTU )

MASA : 08.30 HINGGA 05.00 PETANG

YB SALLEH P188 SILAM 1

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada suku kaum KadazanDusun khususnya di kawasan kampung KADUMU, jalan Damroad,masyarakat di KadazanDusun dimana jua berada di Sabah, Sarawak,Semenanjung, Luar negara semoga hari yang bersejarah ini akan mewujudkan perpaduan nasional dikalangan rakyat berbilang kaum khususnya di kawasan P188 Silam amnya Sabah dan 1Malaysia. Saya berpendapat, peranan kebudayaan dan adat resam tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita semuanya bertujuan ke arah penyatuan hati masyarakat,perpaduan dan kasih sayang bagi mengeratkan silaturrahim ketika berjauhan kerana faktor kerja,memberi makna besar tentang identiti kita sebagai rakyat yang bersatupadu,adat tradisi lambang kekuatan bangsa kita,sebagai salah satu kekuatan jiwa,hati dan perasaan bagi menterjemahkan erti persaudaraan dan hidup berjiran rukun dan damai. Peranan adat resam ini juga menyumbang dalam industri pelancongan negara kita.Tambahan pula Parlimen Silam pada tahun 2010 merupakan tahun melawat Silam yang telah dicanang dan dicetuskan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam. Saya amat bersetuju cetusan minda YB Silam ini, kerana sudah tiba masanya kita mengamalkan 1Malaysia : Rakyat Di dahulukan Pencapaian Diutamakan. Pandangan YB Silam ini menjadi 1 idea yang boleh meletakkan Silam di mata dunia menjadi industri pelancongan terkenal kerana banyak tempat-tempat menarik yang belum diketahui oleh pelancong-pelancong luar dan dalam negara. Program ini juga salah satu daya tarikan pelancongan kerana Silam unik mempunyai pelbagai sukukaum dan ethnik sehingga silam di gelar sebagai masyarakat antarabngsa terdapat ramai penghuni yang berbilang sukukaum. Inilah salah satu keunikan yang terdapat di Silam. Pertumbuhan Silam memang cepat,laju dan pantas sehingga tumbuh bangunan begitu cepat sekali seperti terdapat bandar wilayah,bandar tabanak,bandar fajar,bandar sri perdana,bandar damroad dan lain-lain lagi. Saya masih ingat lagi apabila Yang amat Berhormat Ketua Menteri sabah melawat Silam katanya; sudah tiba masanya Bandar Lahad Datu dinaiktaraf dengan nama Perbandaran Lahad Datu. Ini bermakna dalam masa terdekat ini Lahad Datu akan membangun sebagai Bandaraya dalam taman unik dengan tumbuh-tumbuhan yang indah,nyaman dan mendamaikan pengunjung yang datang ke daerah ini. Saya melihat juga usaha gigih,tekun dan rajin YB Silam yang turun padang sehingga digelar sebagai YB Prihatin, YB Penyayang dan YB Rakyat Silam rela berkorban demi rakyat yang di cintai sehingga tercetus kata-kata kalau tidak silap saya 1silam, 1love, 1unity…maaf jika tersalah sebut…itulah kata-kata yang saya dengar dari suara rakyat silam…Syabas dan tahniah kepada YB. Silam….Datuk Haji Salleh bin haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen silam, P188 Silam. Jangan ketinggalan saya akan paparkan perkembangan program Pesta Silam sehingga khamis,jumaat dan pada hari program SABTU ini. Jom kita ramai-ramai gempur kampung KADUMU, bersama kita raihkan pesta ini….Jangan malu jangan segan…kita eratkan persaudaraan dan kekitaan bangsaan 1Malaysia. Ba….jomlah…jangan lupa layari blog ni….saya akan paparkan gambar-gambar menarik sempena pesta ini…bye. Penganalisis SilamGemilang

Jun 5, 2009 by silamgemilang

assalamualaikum dan salam sejahtera

Pesta Kaamatan Peringkat Nasional yang diadakan di Padang Merdeka kota Kinabalu, akan menjadi 1kekuatan, 1keunikan, 1ikatan, 1rangkaian, 1kegemilangan, 1hati, 1jiwa, 1ikatan persaudaraan bagi memperkuatkan ukhwah dikalangan rakyat di seluruh negeri di 1Malaysia. Sopan Santun,Budi Bahasa dan sifat hormat menghormati antara satu dengan lain menjadi nadi kekuatan perpaduan dan hubungan baik yang diterjemahkan oleh individu di negeri Sabah.Saya inginmengucapkan Selamat Datang kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia bagi merasmikan program ini.Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang gemilang menganjurkan program ini sehingga menjadi titik pertama di 1Malaysia bagi mengeratkan Perpaduan,Setiakawan,Sayangi Malaysia,Hormat Menghormati dan saya yakin melalui program ini akan terukir senyuman 1Bangsa 1Malalaysia bagi meletakkan Malaysia di mata dunia yang benar-benar maju seiring dengan kekuatan persefahaman dan persaudaran dalam masyarakat majmuk dan berbilang sukukaum boleh hidup selamat, aman dan makmur.

PESTA-KAAMATAN-NASIONAL

Saya yakin kehadiran orang ramai samada penduduk Sabah, Sarawak, Semenanjung malahan pelancong luar negara akan turut meraihkan pesta yang penuh bersejarah dalam kalendar 1Malaysia. Keikhlasan rakyat mewujudkan silaturrahim dan perpaduan dikalangan pelbagai ethnik dan sukukaum kini terbukti apabila kerajaan Malaysia mengiktiraf program ini telah gemilang menyatupadukan rakyat Sabah untuk terus hidup selamat,aman dan makmur. Syabas dan tahniah kepada saudara,rakan dan rakyat Sabah kerana nilai dan budaya yang unik masih lagi utuh dan kukuh akan menjadi tunjang kekuatan negara melonjak tinggi di persada dunia dalam meletakkan ekonomi negara setanding dengan negara-negara lain di dunia.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan dan meraihkan program ini sebagai tanda ikatan persaudaraan dan kasih sayang rakyat dalam menyahut slogan 1Malaysia : Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Diutamakan demi keharmonian,kesejahteraan dan pembangunan 1Sabah 1Malaysia.

 

“SilamGemilang 1Sabah 1Malaysia”

 

Penganalisis SilamGemilang

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori