Posted by: silamgemilang | Mei 5, 2009

Utara: Pasar malam diberi nafas baru

Utara: Pasar malam diberi nafas baru
Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakar
bhnews@bharian.com.my
DPMMPP buat penjenamaan semula, maju ekonomi peniaga kecil

GEORGETOWN: Pasar malam akan diberi nafas baru untuk menjadikannya sebagai pusat jualan yang dikenali ramai termasuk pelancong asing, sekali gus dapat menjana pertumbuhan perolehan peniaga kecil.

Usaha penjenamaan semula pasar malam yang akan dilakukan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pulau Pinang, diharap dapat meningkatkan imej pasar malam dan memajukan ekonomi Bumiputera.

 

Yang Dipertua DPMMPP, Rizal Faris Mohideen Abdul Kader, berkata ketika ini pasar malam yang menjadi tarikan masyarakat untuk mendapatkan pelbagai jenis makanan dan keperluan tidak tersusun dan kurang penyelenggaraan.

“Kita akan berusaha untuk menjenamakan semula pasar malam supaya lebih tersusun, bersih dan dikendalikan dengan baik supaya terus menjadi tumpuan pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kaunter Infoniaga di tapak Pasar Malam Jalan Mahkamah, Bayan Lepas dekat sini, kelmarin.

Kaunter Infoniaga yang pertama kali diperkenalkan itu, disediakan dengan kerjasama Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Pulau Pinang (PPPMPP).

Kaunter Infoniaga menjadi pusat rujukan maklumat mengenai bantuan kerajaan dan agensi kerajaan dengan dikendalikan oleh seorang petugas bagi mendapatkan maklum balas mengenai masalah dihadapi peniaga kecil.

Ia juga akan berfungsi mendedahkan peniaga kecil mengenai peluang pembiayaan, ruang niaga dan pelesenan, program keusahawanan dan program latihan serta latihan semula.

Kaunter itu akan diperluaskan ke 24 pasar malam di seluruh negeri secara berperingkat tidak lama lagi.

Rizal berkata, kemelesetan ekonomi bukan saja menjejaskan sektor industri yang dibuang kerja, malah turut mempengaruhi peniaga kecil apabila orang ramai lebih berhati-hati untuk berbelanja.

“Kami melihat perkembangan ini dengan serius yang memerlukan pendekatan lebih menyeluruh meliputi kehendak peniaga kecil kerana mereka turut menyumbang kepada ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata, peniaga pasar malam menjana pendapatan kira-kira RM100 juta setahun dan sumbangan mereka seharusnya diberikan pengiktirafan oleh kerajaan negeri dengan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Bagi DPMMPP, katanya, langkah segera yang diambil ialah membantu peniaga kecil yang terjejas menerusi program `Gerak Cepat’.

Sementara itu, Pemangku Yang Dipertua PPPMPP, Azizan Jaafar, meminta Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) supaya mengeluarkan lesen perniagaan kepada peniaga kecil bagi membantu golongan itu.

“Ketiadaan lesen perniagaan menyebabkan ramai peniaga sukar memenuhi kriteria dan syarat pinjaman yang ditetapkan institusi kewangan,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: