Posted by: silamgemilang | Februari 13, 2009

SELAMAT DATANG KE PARLIMEN P188 SILAM YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN KETUA MENTERI SABAH

YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN PBB DAN KOLONEL KEHORMAT RELA

YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN PBB DAN KOLONEL KEHORMAT RELA

Selamat Datang Ke Parlimen P188 Silam YAB Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah

Selamat Datang Ke Parlimen P188 Silam YAB Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah

UCAPAN OLEH

YB DATO’ SRI AZALINA DATO’ OTHMAN SAID

MENTERI PELANCONGAN, MALAYSIA

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN

ZOOM! RAINFOREST DISCOVERY CENTRE,

SEPILOK, SABAH

29 NOVEMBER, 2008

pelancongan

(Salutasi)

Wakil-wakil Media

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, maka dapat kita bersama-sama pada pagi ini untuk menjayakan Majlis Pelancaran ”Kempen Zoom! Rainforest Discovery Centre, Sepilok, Sabah”.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Hj Aman kerana sudi merasmikan pelancaran kempen ini.

Terima kasih juga kepada para tetamu kerana telah sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini telah menyuntik semangat kami untuk terus melaksanakan aktiviti ke arah meningkatkan lagi kemajuan industri pelancongan termasuk di negeri Sabah.

pulau sakar parlimen p188 silam.sabah

pulau sakar parlimen p188 silam.sabah

Para hadirin sekalian:

Seperti yang kita semua sedia maklum, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah melancarkan kempen promosi pelancongan domestik Zoom! Malaysia pada 14 Mei yang lalu di Kuala Lumpur. Kempen ini adalah kesinambungan kepada Kempen Cuti-Cuti Malaysia yang terdahulu dan memberi nafas baru kepada promosi pelancongan domestik Malaysia. Ianya dilaksanakan untuk menerapkan budaya melancong di negara sendiri di kalangan rakyat Malaysia dengan mengenegahkan keunikan destinasi-destinasi pelancongan di serata Malaysia.

Pendekatan yang diambil melalui kempen Zoom! Malaysia ini adalah dengan memberi fokus kepada destinasi atau aktiviti pelancongan yang spesifik agar warga Malaysia dapat melihatnya dari sudut yang berbeza serta perspektif yang segar. Selain daripada destinasi-destinasi pelancongan yang sedia popular, Kerajaan juga ingin mendedahkan warga Malaysia kepada banyak lagi tarikan-tarikan yang unik tetapi kurang terkenal sebelum ini.

silam-davey-bay-sky-view

Para hadirin yang dihormati sekalian:

Tidak dapat dinafikan bahawa Sabah adalah antara destinasi pelancongan yang paling eksotik bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia Tenggara ini. Kekayaan khazanah alam semula jadi dan warisan budayanya yang rata-ratanya masih terpelihara menjadikan Sabah sebagai salah satu destinasi yang paling diminati bukan sahaja oleh pelancong asing malah juga pelancong domestik. Tambahan pula, perkhidmatan penerbangan tambang murah seperti AirAsia dan Firefly, telah memudahkan lagi lebih ramai orang untuk berkunjung ke Sabah.

Sudah pastinya Sabah cukup terkenal dengan Gunung Kinabalunya atau Air Panas Poringnya atau Pusat Pemulihan Orang Utan Sepiloknya atau Pasar Filipinanya atau Pulau Sipadannya. Sebut sahaja Sabah, imej-imej inilah yang sering terpancar di minda para pelancong. Apatah lagi, Taman Kinabalu di Sabah telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Namun saya percaya Sabah mempunyai banyak lagi kelebihan-kelebihan lain yang kurang dipasarkan atau belum diterokai sepenuhnya.

silam davey bay island

silam davey bay island

Di sinilah, Zoom! Malaysia memainkan peranan untuk mempromosikan destinasi-destinasi yang kurang dikenali di Sabah ini. Pelancaran Zoom! Rainforest Discovery Center (RDC) merupakan contoh terbaik untuk mempromosikan destinasi pelancongan yang lebih fokus di Sabah.

Mengikut statistik, seramai 3,869 orang pelancong domestik telah melawat ”Rainforest Discovery Center” dari bulan Januari hingga Oktober 2008 berbanding 1,771 orang pelancong asing dalam tempoh yang sama pada tahun ini. Kami berharap dengan promosi Zoom! ”Rainforest Discovery Center” ini maka rakyat Malaysia akan dapat mengenali pusat ini dengan lebih dekat serta menarik minat ramai lagi untuk mengujunginya.

Selain dari ini, daerah Sandakan juga merupakan antara kawasan pelancongan utama di Sabah. Ia kaya dengan aset semulajadi dan terkenal dengan usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar dan haiwan-haiwan liar. Produk-produk pelancongannya mempunyai tarikan tersendiri seperti Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Pusat Perlindungan Monyet Probosis Teluk Labuk, Rumah Agnes Keith, Sungai Kinabatangan dan Gua Gomantong.

Untuk pengetahuan anda semua, menurut statistik, jumlah pelancong tempatan yang menginap di hotel dari bulan Januari hingga Jun 2008 ialah seramai 17.48 juta orang, menyaksikan peningkatan sebanyak 2.9%.

Manakala jumlah pelancong tempatan yang menginap di hotel telah meningkat daripada 31.9 juta orang pada tahun 2006 kepada 36.25 juta orang pada tahun 2007 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 13.65%.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian:

Dalam usaha kita untuk mempromosikan khazanah alam semulajadi, janganlah pula kita mengabaikan tanggung jawab sosial dengan tidak menjaga dan memulihara alam sekitar. Penjagaan alam sekitar merupakan pelaburan jangka panjang kita demi masa depan generasi akan datang dan juga sekiranya khazanah alam semula jadi kita musnah kerana kecuaian para pengusaha produk pelancongan itu sendiri mahu pun para pelancong, sudah tentu ia akan menjadi sesuatu yang merugikan semua pihak.

Seperti yang kita semua sedia maklum, eko-pelancongan bergantung kepada alam sekitar untuk terus berkembang dan ia menjana sumber pendapatan. Adalah tidak rasional sekiranya pemain-pemain industri sub-sektor eko-pelancongan membiarkan alam sekitar terancam kerana sumber pendapatan daripada perniagaan eko-pelancongan adalah berasaskan alam semula jadi itu sendiri. Mereka perlu berusaha melindungi alam sekitar dan meminimakan kesan-kesan kerosakan daripada pembangunan eko-pelancongan.

Bagi memastikan eko-pelancongan sebagai satu pendapatan dan bukan ancaman, kami berharap agar mendapat kerjasama daripada semua kementerian kerajaan dan agensi swasta yang bertanggungjawab untuk memastikan supaya semua pembangunan produk dan promosi pakej pelancongan dijalankan secara ”tourism friendly” dan berpandukan kepada konsep pembangunan mampan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada para tetamu yang hadir dan juga syabas kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Saya menyeru kepada anda semua supaya melanconglah dan terokailah tempat-tempat menarik di Malaysia ini dan saya pasti kita semua akan dapat belajar sesuatu yang baru setiap kali kita pergi melancong.

Sekian, terima kasih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: