
Destinasi Pelancongan yang akan menjadi tempat menarik dikunjungi dalam jangka masa panjang di Parlimen Silam.Sabah.
Silam.2.2.2009-Menjelang Tahun 2010 bagi Parlimen P188 Silam akan menjadikan tahun melawat bagi menarik pelancong untuk datang dan berkunjung kekasawan parlimen P188 Silam. Daya tarikan di kawasan Parlimen P188 Silam dalam jangka masa panjang telah dirangka untuk mempromosi Parlimen ini sebagai pusat pelancongan yang terkenal bukan sahaja di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa.

Pelan Pembangunan Pelancongan di Parlimen P188 Silam dalam usaha membawa pelancong untuk melihat keindahan dikawasan Silam.Sabah.
Lebih menarik lagi kawasan yang dibangunkan dalam perancangan pembangunan pelancongan ini adalah strategik dan berhampiran dengan kawasan bandar sebagai pusat membeli belah.

Restoran yang menyajikan makanan seafood(segar dengan hidangan udang,ketam,rumpai laut,ikan pelbagai jenis dan makanan tempatan )
Industri Pelancongan di Sabah membangun dengan pesat dan berpotensi besar untuk dimajukan lagi, menjadi salah satu sumber perolehan utama pertukaran matawang asing di samping membanyakkan peluang pekerjaan kepada Parlimen Silam, Sabah.Malaysia.
kehadiran pelancong meningkat daripada 1.77 juta pada tahun 2004, kepada 1.82 juta tahun lalu, dan yakin sasaran kehadiran 2.7 juta pengunjung ke Sabah pada tahun 2007 akan dapat dicapai.
Kerajaan negeri sejak 1999 sudah merumuskan dan menggariskan dasar serta membina infrastruktur yang diperlukan bagi merealisasikan potensi penuh industri itu.
Kerajaan negeri membelanjakan lebih RM10 juta setiap tahun untuk mengambil bahagian dalam pelbagai acara seperti pameran serta pembabitan dalam acara-acara berhubung promosi perdagangan.
“Bagaimanapun semua usaha dari segi tenaga manusia dan pembiayaan akan menjadi sia-sia sekiranya destinasi bertaraf dunia kita ini tidak dilengkapi dengan perkhidmatan bertaraf dunia.
Industri pelancongan perlu memperakui bahawa aspek latihan adalah penting untuk membaiki lagi standard perkhidmatan dalam usaha mencapai produktiviti yang tinggi.
Tenaga kerja yang lebih terlatih dan mahir akan dapat meningkatkan produktiviti serta keberkesanan dan sekaligus membaiki kualiti keseluruhan produk dan perkhidmatan pelancongan kita.
Kerajaan dengan kerjasama sektor swasta akan terus berusaha membina dan membangunkan produk-produk pelancongan baru bagi memastikan bahawa Sabah bangun menjadi destinasi pengembaraan alam semulajadi yang terunggul.
Tinggalkan Jawapan