Posted by: silamgemilang | Januari 28, 2009

TAHUN MELAWAT P188 SILAM 2010 DAN LOKASI PELANCONGAN YANG MENARIK DI PERINGKAT DUNIA (ANTARABANGSA)

DALAM usaha ke arah Wawasan 2020, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk membantu membangunkan negara dalam sektor-sektor tertentu. Justeru itu, pihak kementerian khususnya bersama mengembeleng tenaga untuk membantu merealisasikan hasrat kerajaan ke arah matlamat tersebut. Pelbagai rancangan telah diatur dengan pengisian yang padat, tepat dan menarik supaya orang ramai khususnya dapat bersama membantu kerajaan ke arah usaha tersebut.

madai pusat pelancongan yang sungguh menarik untuk dikunjungi

madai pusat pelancongan yang sungguh menarik untuk dikunjungi

Semua yang berjaya pastinya bermula dari peringkat akar umbi lagi. Begitulah yang berlaku kepada pembangunan negara. Peneraju-peneraju negara iaitu pemimpin di peringkat atasan adalah orang yang bertanggungjawab dalam membentuk dan mengatur pelbagai strategi bagi membangunkan negara. Namun begitu, usaha tersebut bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak atasan sahaja malahan tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak khususnya orang ramai ianya tidak akan berjaya dicapai.

AIR TERJUN MADAI YANG MENERIMA PENGUNJUNG SETIAP HARI DAN HUJUNG MINGGU.HUTAN YANG TEBAL DAN UDARA YANG NYAMAN SESUAI UNTUK PELANCONGAN DAN DIBUKUKUAN DALAM KELENDAR PELANCONGAN NEGERI DAN NEGARA.USAHA YB HJ. SALLEH MEMBAWA P188 SILAM MAJU, MENARIK DAN MENGUNTUNGKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN

AIR TERJUN MADAI YANG MENERIMA PENGUNJUNG SETIAP HARI DAN HUJUNG MINGGU.HUTAN YANG TEBAL DAN UDARA YANG NYAMAN SESUAI UNTUK PELANCONGAN DAN DIBUKUKAN DALAM KELENDAR PELANCONGAN NEGERI DAN NEGARA.USAHA YB HJ. SALLEH MEMBAWA P188 SILAM MAJU, MENARIK DAN MENGUNTUNGKAN UNTUK PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN

Penganjuran dan pengenalan pelbagai program terbaru dan menarik yang dilakukan oleh banyak pihak seperti kementerian ataupun badan-badan tertentu diharap mampu membantu membangunkan negara khususnya bagi ekonomi negara. Program-program yang mampu menambah ekonomi negara diberikan penekanan yang lebih kerana ianya mampu membantu negara ke arah pembangunan.

Antara kementerian yang dilihat memainkan peranan mereka adalah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Kampung-kampung yang ada di sekitar negara ini telah dinaiktaraf dan dimajukan supaya ianya kelak akan berada setanding dengan pembangunan yang dikecapi di kawasan-kawasan bandar. Janganlah pula kelak, hanya bandar sahaja yang akan dimajukan dan mereka yang tinggal di kampung-kampung akan dipinggirkan. Keseragaman perlu diimbangkan supaya segala kemudahan dapat dikongsi bersama antara rakyat.
Sebagai contoh, usaha mewujudkan ‘homestay’ di kawasan-kawasan kampung yang berlatarbelakangkan pelacongan dilihat dapat memberikan satu impak yang baru bukan sahaja kepada kerajaan malahan kepada mereka sendiri. Sebenarnya peranan sektor pelancongan bukan sahaja dalam menyekat ringgit dari mengalir keluar negara malahan pada masa yang sama telah membawa pelancong luar negara ke negara ini.

SUKAN TRADISIONAL YANG DIADAKAN DIKAWASAN KAMPUNG YANG NUN JAUH DI TAMBISAN AMAT SESUAI SEBAGAI SATU DESTINASI YANG MENARIK KERANA KITA PERLU MELALUI PELBAGAI HALANGAN SEBELUM SAMPAI KE TAMBISAN. SAMALA SEPERTI KEMBARA...AMAT SESUAI SEKALI..DARI TAMBISAN SAMPAILAH KE GADING-GADING..YB HAJI SALLEH TURUN PADANG BERSAMA MASYARAKAT UNTUK MENARIK TALI SEBAGAI SATU SOKONGAN DALAM AKTIVITI SUKAN RAKYAT YANG BOLEH DIKOMERSIALKAN DALAM INDUSTRI PELANCONGAN.TIDAK LAMA LAGI P188 SILAM AKAN TERKENAL DENGAN PESTA KULINTANG YANG TELAH DICADANG OLEH YB. SILAM PADA TAHUN LEPAS AKAN MENJADI SATU TARIKAN KEBUDAYAAN PELBAGAI KAUM AKAN MEMPERSEMBAHKAN KEBUDAYAAN MEREKA MASING-MASING.

SUKAN TRADISIONAL YANG DIADAKAN DIKAWASAN KAMPUNG YANG NUN JAUH DI TAMBISAN AMAT SESUAI SEBAGAI SATU DESTINASI YANG MENARIK KERANA KITA PERLU MELALUI PELBAGAI HALANGAN SEBELUM SAMPAI KE TAMBISAN. SAMALA SEPERTI KEMBARA...AMAT SESUAI SEKALI..DARI TAMBISAN SAMPAILAH KE GADING-GADING..YB HAJI SALLEH TURUN PADANG BERSAMA MASYARAKAT UNTUK MENARIK TALI SEBAGAI SATU SOKONGAN DALAM AKTIVITI SUKAN RAKYAT YANG BOLEH DIKOMERSIALKAN DALAM INDUSTRI PELANCONGAN.TIDAK LAMA LAGI P188 SILAM AKAN TERKENAL DENGAN PESTA KULINTANG YANG TELAH DICADANG OLEH YB. SILAM PADA TAHUN LEPAS AKAN MENJADI SATU TARIKAN KEBUDAYAAN PELBAGAI KAUM AKAN MEMPERSEMBAHKAN KEBUDAYAAN MEREKA MASING-MASING.

Selain pihak kementerian, usahasama yang dimainkan oleh pihak-pihak yang terlibat seperti sektor perhotelan di jangka dapat memantapkan lagi perkembangan dalam sektor tersebut. Sektor perhotelan dapat memainkan peranannya melalui penyediaan tempat penginapan di samping menjadikan keindahan alam semulajadi itu bertambah indah dan menarik.

Melalui usaha semua pihak, sektor pelancongan ini dapat dijanakan dengan jayanya apatah lagi secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara. Dengan meningkatnya ekonomi negara, segala usaha kerajaan ke arah pembangunan akan dapat dijayakan. Masalah kemiskinan juga dapat dikurangkan melalui pemberian peluang pekerjaan yang lebih kepada rakyat. Sikap bergantung rakyat kepada kerajaan juga akan dapat dikurangkan kerana mereka telah berkeupayaan untuk membantu diri sendiri bagi meneruskan hidup.

Usaha PARLIMEN P188 SILAM dalam sektor pelancongan

Justeru itu, portfolio Pelancongan, kebudayaan dan Warisan p188 silam  khususnya dalam bidang pelancongan bagi menyahut seruan kerajaan ke arah Wawasan 2020 dan p188 silam Maju 2010 kelak.Penulis blog telah menemuramah YB Haji Salleh Haji Kalbi katanya pada tahun 2010 akan dijadikan tahun melawat p188 silam dalam industri pelancongan. Menerusi fortfolio tersebut, p188 silam sentiasa berusaha untuk memajukan bidang ini.

Selain itu, persekitaran alam semulajadinya yang menarik dan pengekalan alam hijau yang ditekankan memberikan satu pemandangan menarik kepada P188 SILAM ini. Sebagai contoh, pelancong akan tertarik dengan kehijuan dan keindahan Hutan Lembah Danum yang sememangnya menyajikan pemandangan yang menghijau dan menarik.
“Bahan tinggalan sejarah juga tidak kurang hebatnya dan sememangnya ianya antara tarikan utama pelancong untuk datang ke mari. Pelajar sekolah misalnya seringkali menjadikan pilihan mereka untuk berkunjung ke P188 SILAM ini bagi mengkaji dan melihat tinggalan sejarah dengan lebih dekat lagi,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: