Posted by: silamgemilang | Januari 26, 2009

KEMAS KELUARGA SAYA

KEMAS ADALAH KELUARGA SAYA-YB TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI
AHLI DEWAN RAKYAT PARLIMEN P.188 SILAM.SABAH.

YB. Tuan Hj. Salleh Hj. Kalbi Merasmikan Pejabat Parlimen P188 Silam serentak di 3 kawasan Lahad Datu,Kunak dan tungku

YB. Tuan Hj. Salleh Hj. Kalbi Merasmikan Pejabat Parlimen P188 Silam serentak di 3 kawasan Lahad Datu,Kunak dan tungku

SALLEH BIN KALBI, lahir pada 10 haribulan ogos tahun 1964.Ayah beliau Kalbi Bin Haji Mustapa dan ibunya bernama Hajjah Sopiah Binti Ibno Arab
sementara isterinya bernama Puan Hajah Fatma Binti Haji Abdul Aziz.

Beliau mula berkhidmat di Jabatan KEMAS pada tahun 1999 sebagai Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS Parlimen P188 Silam. LEH adalah nama panggilan
beliau dikalangan kawan-kawan. Semasa bekerja beliau amat menitikberatkan kerja secara berpasukan, bertujuan untuk mempastikan KEMAS Silam dapat memacu
dan menyinar sebagai Jabatan yang maju setanding dengan jabatan lain. Dibawah kepimpinan beliau KEMAS P.188 Silam amat dikagumi oleh jabatan-jabatan lain.

Semasa bertugas di jabatan KEMAS P188 Silam,beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Lahad Datu,Sabah yang bermula pada tahun 2002 hingga 2003,
Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Lahad Datu,Sabah.Pengerusi Jawatankuasa Lampu Jeraya Lahad Datu. Sabah.AJK Pengindahan Bandar Lahad Datu, Ahli Lembaga Pengarah
Sabah Fish Marketing SAFMA Sabah pada tahun 2003 hingga 2007.

Beliau menyandang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P188 Silam bermula pada tahun 2001 hingga 2007. Semasa
menyandang jawatan tersebut beliau banyak memegang jawatan dalam bidang lain seperti Ketua Pemuda Barisan Nasional Bahagian Silam pada tahun 2001 hingga 2007,
Pengerusi AJK Biro Pertanian Alam Sekitar dan Pelancongan UMNO Bahagian Silam. Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah pada tahun 2001 hingga 2003,
Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,pada tahun 2001 hingga 2003,Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda BN Negeri Sabah dan Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau telah dikurniakan bintang kebesaran iaitu Ahli Darjah Kinabalu (ADK) pada tahun 2003, Bintang Kebaktian Masyarakat(ADK) pada tahun 2003,Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) pada tahun 2005 di Kedah,
dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada tahun 2005 di negeri Melaka.

Sebagai mengenang jasa dan sumbangan beliau dengan KEMAS,pihak jabatan telah mengadakan satu majlis khas untuk beliau di sebuah hotel terkenal di Lahad Datu.

“KEMAS adalah keluarga saya,tidak jauh bezanya antara tugas saya dengan KEMAS dahulu dan tugas saya sebagai wakil rakyat”begitulah antara petikan ucapan beliau semasa majlis jasamu dikenang yang telah disampaikan
oleh Pengarah KEMAS Sabah Tuan Mohd Khadri Bin Haji Ahmad.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: