Posted by: silamgemilang | Mei 21, 2009

“Pesta Tagal” Tarikan Pelancong Ke Kota Belud

 

Oleh Zamain Singkui

KOTA BELUD, 21 Mei (Bernama) — Satu hari dalam bulan Mei setiap tahun merupakan saat paling dinantikan Japanis Sabin, dari Kampung Tambatuon, untuk balik kampung dan melupakan seketika kesibukan tugas di Kota Kinabalu.

Penantian ini bagi Japanis, 36, amat mendalam bukan sahaja kerana bulan Mei tanda bermulanya kemeriahan sambutan Pesta Kaamatan, tetapi juga disebabkan kemeriahan acara “Pesta Tagal” di Sungai Kadamaian, 30 kilometer dari sini, di kampungnya.

Baginya Pesta Tagal merupakan peluang untuknya bertemu saudara mara serta sahabat handai yang tinggal di luar kampungnya atau di luar daerah Kota Belud yang turut balik ke kampung menyertai kemeriahan pesta ini.

Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk asal Kampung Tambatuon yang tinggal di luar Kota Belud seperti Lahad Datu, Kudat dan Sandakan meninggalkan sekejap komitmen kerja, sanggup balik kampung semata-mata untuk bersama penduduk dalam Pesta Tagal.

“Tagal” dalam bahasa Dusun merupakan larangan menangkap ikan di sungai-sungai tertentu biasanya bagi tempoh setahun atau dua tahun.

Ia merupakan tradisi masyarakat Dusun yang sudah diamalkan sekian lama. Bagaimanapun larangan itu akan ditarik untuk sehari dan tahun ini, ia dilakukan pada Sabtu minggu lepas.

KAEDAH PELIHARA SUNGAI

Pesta Tagal itu disertai kira-kira 800 orang penduduk Kampung Tambatuon di Sungai Kadamaian.

Sistem Tagal merupakan kaedah pemuliharaan sungai secara tradisi yang direka penduduk kampung sendiri supaya ia tidak tercemar serta melindungi hidupan di dalamnya daripada pupus.

Kini sungai ini menjadi penjana pendapatan baru kepada penduduk luar bandar melalui eko-pelancongan.

Larangan menangkap ikan yang dikuatkuasakan pemimpin kampung, biasanya oleh ketua kampung, mesti dipatuhi penduduk berkenaan atau orang luar yang datang ke kampung itu.

Mana-mana penduduk atau orang luar yang melanggar peraturan berkenaan bukan sahaja dicemuh penduduk kampung tetapi juga dikenakan “sogit”, satu bentuk denda atau hukuman yang ditentukan pemimpin kampung.

Biasanya denda yang dikenakan berupa membayar seekor kerbau atau seekor babi atau membayar dalam bentuk wang setaraf dengan kesalahan yang dilakukan.

BEBAS MENANGKAP IKAN

Semasa pesta ini, bagaimanapun penduduk kampung secara bergotong-royong, bebas menangkap ikan sepuas-puasnya dan semua ikan yang ditangkap, dikumpulkan sebelum dibahagi-bahagikan sesama mereka tetapi bukan untuk dijual.

Sebahagian ikan yang ditangkap itu dimasak penduduk kampung untuk dinikmati beramai-ramai bagaikan satu kenduri besar. Kenduri itu dalam bahasa Dusun Kota Belud dinamakan “moginakan”.

Ketua Kampung Tambatuon, Singkui Tinggi, berkata acara “moginakan” yang diadakan masyarakat Dusun sejak dahulu amat penting dikekalkan bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan penduduk kampung.

Biasanya ikan yang ditangkap ialah jenis Kelah atau “Pait” dalam bahasa Dusun dan jenis lain seperti Sarawi, Betuan, Sinsilog (sejenis belut sungai).

Ada ikan Kelah yang ditangkap mencecah RM100 hingga RM300 seekor harganya bergantung kepada saiz dan beratnya yang biasanya antara 3 kg hingga 5 kg.

MENANGKAP IKAN CARA LAMA

Satu daripada keunikan pesta ini ialah penduduk hanya dibenarkan menangkap ikan menggunakan alat tradisi seperti rambat, pukat dan senapang ikan.

Penggunaan bahan lain seperti racun, tuba atau cara lain yang difikir boleh memudaratkan populasi ikan, ditegah sama sekali.

“Aramai kampung baino haro mokisada om moginakan” (meriah di kampung hari ini ada aktiviti menangkap ikan dan makan bersama penduduk kampung),” kata Japanis, yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya menyertai Pesta Tagal kali ini.

Kini selepas 10 tahun pesta berkenaan diadakan, Sungai Kadamaian turut menjadi tempat tarikan pelancong di samping menjadi wadah mengeratkan hubungan kalangan penduduk asal kampung ini.

“Pesta Tagal ini bukan sahaja boleh menjaga alam sekitar daripada dicemari dan sumber ikan daripada pupus tetapi juga dapat mendisiplinkan penduduk kampung .

“Ia mendidik penduduk kampung supaya taat kepada peraturan yang ditentukan oleh mereka sendiri seperti tidak boleh menangkap ikan di luar musim Pesta Tagal,” kata anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Herbert Timbun Lagadan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kota Belud, Najib Montok berkat, sistem Tagal di kampung ini ialah cara terbaik memelihara ikan air tawar seperti Kelah daripada pupus.

“Jarang sekali kita boleh menemui sungai seperti Sungai Kadamaian yang masih mempunyai sumber ikan air tawar seperti ikan Kelah yang begitu banyak,’ katanya.

Henry Majihal, 42, seorang guru dari Kudat dan berkahwin dengan wanita yang berasal dari Kampung Tombotuan, berkata beliau tidak akan melepaskan peluang balik ke kampung isterinya pada bulan Mei untuk menyertai Pesta Tagal ini.

“Pengalaman menarik ini hanya boleh saya dapati di kampung ini,” katanya.

– BERNAMA

Posted by: silamgemilang | Mei 6, 2009

Tumpuan sektor MICE mampu pikat 24.6 juta pelancong

 
SASARAN kerajaan menarik 24.6 juta pelancong ke negara ini seperti diumumkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), semalam boleh dicapai dengan memberi penekanan kepada sektor mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE).

Pengusaha industri pelancongan menyokong sasaran kerajaan dengan memberi pelbagai cadangan bagi memantapkan sektor pelancongan khususnya dari segi perkhidmatan, kualiti penyediaan makanan, tawaran produk, program sampingan berkonsep budaya masyarakat negara ini.

Presiden Persatuan Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Syed Mohd Razif Syed Yasin, berkata memandangkan harga minyak semakin meningkat dan menjadi isu global, kerajaan harus memberi fokus untuk menarik pelancong berkualiti yang boleh memberikan pendapatan lebih daripada yang disasarkan.

“Melalui sektor MICE, matlamat untuk meningkatkan jumlah pelancong ke negara ini pasti akan lebih mudah kerana sektor ini merangkumi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran yang semestinya akan dihadiri delegasi asing, sekali gus menarik pelancong ke negara ini.

“Pada saya, kerajaan harus mementingkan kualiti pelancong yang datang bukan saja kuantiti kerana jika MICE diadakan, ia akan menarik delegasi asing yang semestinya melabur banyak wang yang boleh meningkatkan pendapatan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Selain itu, Syed Mohd Razif berkata, kerajaan wajar memberi subsidi minyak kepada pengusaha pelancongan terutama syarikat pengangkutan bagi mengelakkan mereka mengenakan tambang tinggi sehingga menyekat kedatangan pelancong terutama dari Indonesia dan Thailand yang turut dihimpit dengan bahang kenaikan harga minyak.

Naib Presiden Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTC), Datuk Shamsul Falak Kadir, berkata sasaran kerajaan untuk meningkatkan jumlah pelancong dapat dicapai dengan adanya kerjasama daripada semua pihak terutama kementerian serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya yakin sasaran 24.6 juta pelancong asing dengan pendapatan RM59.4 bilion boleh dicapai jika kerajaan dan agensi pelancongan menyediakan produk pelancongan unik dan baru serta mengadakan promosi berkesan di Asia Barat, China, Korea dan Eropah.

“Pengusaha produk pelancongan harus menghasilkan produk baru yang dapat menarik pelancong, selain program biasa dipromosikan kerajaan seperti ekopelancongan, perubatan, aktiviti membeli-belah. Saya rasa peruntukan untuk mempromosikan Malaysia pada peringkat antarabangsa juga harus ditambah,” katanya.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Datuk Mohd Ilyas Zainal Abidin, berkata beliau menyambut baik sasaran kerajaan untuk mencapai jumlah pelancong pada RMK-9 itu dan meminta pengusaha hotel mengambil bahagian dalam pesta pelancongan di luar negara.

Posted by: silamgemilang | Mei 5, 2009

Utara: Pasar malam diberi nafas baru

Utara: Pasar malam diberi nafas baru
Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakar
bhnews@bharian.com.my
DPMMPP buat penjenamaan semula, maju ekonomi peniaga kecil

GEORGETOWN: Pasar malam akan diberi nafas baru untuk menjadikannya sebagai pusat jualan yang dikenali ramai termasuk pelancong asing, sekali gus dapat menjana pertumbuhan perolehan peniaga kecil.

Usaha penjenamaan semula pasar malam yang akan dilakukan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pulau Pinang, diharap dapat meningkatkan imej pasar malam dan memajukan ekonomi Bumiputera.

 

Yang Dipertua DPMMPP, Rizal Faris Mohideen Abdul Kader, berkata ketika ini pasar malam yang menjadi tarikan masyarakat untuk mendapatkan pelbagai jenis makanan dan keperluan tidak tersusun dan kurang penyelenggaraan.

“Kita akan berusaha untuk menjenamakan semula pasar malam supaya lebih tersusun, bersih dan dikendalikan dengan baik supaya terus menjadi tumpuan pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kaunter Infoniaga di tapak Pasar Malam Jalan Mahkamah, Bayan Lepas dekat sini, kelmarin.

Kaunter Infoniaga yang pertama kali diperkenalkan itu, disediakan dengan kerjasama Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Pulau Pinang (PPPMPP).

Kaunter Infoniaga menjadi pusat rujukan maklumat mengenai bantuan kerajaan dan agensi kerajaan dengan dikendalikan oleh seorang petugas bagi mendapatkan maklum balas mengenai masalah dihadapi peniaga kecil.

Ia juga akan berfungsi mendedahkan peniaga kecil mengenai peluang pembiayaan, ruang niaga dan pelesenan, program keusahawanan dan program latihan serta latihan semula.

Kaunter itu akan diperluaskan ke 24 pasar malam di seluruh negeri secara berperingkat tidak lama lagi.

Rizal berkata, kemelesetan ekonomi bukan saja menjejaskan sektor industri yang dibuang kerja, malah turut mempengaruhi peniaga kecil apabila orang ramai lebih berhati-hati untuk berbelanja.

“Kami melihat perkembangan ini dengan serius yang memerlukan pendekatan lebih menyeluruh meliputi kehendak peniaga kecil kerana mereka turut menyumbang kepada ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata, peniaga pasar malam menjana pendapatan kira-kira RM100 juta setahun dan sumbangan mereka seharusnya diberikan pengiktirafan oleh kerajaan negeri dengan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Bagi DPMMPP, katanya, langkah segera yang diambil ialah membantu peniaga kecil yang terjejas menerusi program `Gerak Cepat’.

Sementara itu, Pemangku Yang Dipertua PPPMPP, Azizan Jaafar, meminta Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) supaya mengeluarkan lesen perniagaan kepada peniaga kecil bagi membantu golongan itu.

“Ketiadaan lesen perniagaan menyebabkan ramai peniaga sukar memenuhi kriteria dan syarat pinjaman yang ditetapkan institusi kewangan,” katanya.

Posted by: silamgemilang | Mei 4, 2009

Agensi pelancongan tidak terjejas

KUALA LUMPUR 3 Mei – Perniagaan agensi-agensi pelancongan tempatan tidak terjejas berikutan tercetusnya wabak virus selesema babi (H1N1) di seluruh dunia pada masa ini. Ini adalah kerana rata-rata pakej pelancongan yang ditawarkan oleh mereka tertumpu di rantau Asia. Presiden Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA), Chay Ng berkata, Malaysia tidak mempunyai banyak agensi pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan ke negara yang terjejas teruk akibat virus H1N1 itu. “Pakej pelancongan ke negara-negara seperti Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada menelan kos yang lebih besar berbanding pakej pelancongan di negara rantau Asia. “Bagaimanapun, saya difahamkan ada agensi pelancongan yang telah mengurangkan kekerapan mereka untuk menghantar rombongan pelancong ke negara yang dilanda virus selesema babi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan terbarunya memaklumkan tiga buah negara lagi iaitu Costa Rica, Perancis dan Republik Korea telah mengesahkan kes virus itu di negara masing-masing. Keadaan ini menjadikan jumlah negara terlibat kepada 16 buah negara dan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan adalah sebanyak 658 kes dengan 17 kematian iaitu penambahan sebanyak 291 kes berbanding hari sebelumnya. Chay Ng berkata, agensi pelancongan akan menunda jadual perjalanan mereka sekiranya mendapat permintaan daripada orang awam yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai rombongan pelancongan tertentu pada masa ini. “Selain itu, kami percaya minat rakyat tempatan untuk melancong ke negara Asia seperti Hong Kong, China, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan tidak banyak terjejas berikutan penularan virus influenza A (H1N1). “Mereka tahu bahawa negara-negara terbabit mempunyai banyak pengalaman dan persediaan dalam mengawal serta mencegah penularan wabak penyakit sejak tercetusnya Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) beberapa tahun lalu,” katanya. Menurut Ng, pihaknya menasihati kakitangan agensi pelancongan tempatan untuk meningkatkan tahap pemantauan terhadap aspek kesihatan diri sendiri dan para peserta rombongan pelancongan ketika berada di luar negara. “Mereka perlu segera mendapat rawatan di hospital terdekat dan memohon bantuan daripada kedutaan Malaysia sekiranya mempunyai tanda-tanda seperti batuk, demam dan selesema,” katanya. Sementara itu, Bendahari Kehormat Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), K. Narayanan berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat daripada ahli-ahlinya berhubung pembatalan jadual perjalanan ke negara yang dilanda virus influenza A (H1N1). “Langkah pencegahan dan kawalan yang diambil oleh agensi pelancongan demi memastikan keselamatan peserta rombongan pelancongan yang telah mendaftarkan diri ialah menundakan jadual perjalanan mereka,” katanya. Bagaimanapun, Narayanan berkata, beliau tidak fikir jumlah rakyat tempatan yang hendak berkunjung ke destinasi Asia seperti China dan Hong Kong akan berkurangan secara drastik pada masa ini. “Saya baru pulang dari China hari ini dan mendapati masih ramai rakyat Malaysia berada di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang untuk menunggu penerbangan menuju ke negara tersebut,” kata beliau.

Mac 21, 2009 by silamgemilang

pm8pak-lah1kenanganAUTOS MALAYSIA PROTON LAUNCHnajibAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Perpaduan,salam kasih sayang dan salam kedamaian.

1.Syukur kehadrat Allah SWT dan Selawat Ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, saya SALLEH BIN KALBI AHLI PARLIMEN P188 SILAM,SABAH berdoa semoga perjuangan UMNO dan Komponen Barisan Nasional mendapat keberkatan dan kemenangan dalam memartabatkan Bangsa Malaysia ke arah mengatasi kegawatan ekonomi,merealisasi Perpaduan, membangunkan modal insan,meletakkan nama Malaysia di arena antarabngsa melalui Zoom melawat Malaysia
melalui kedatangan pelancong-pelancong luar negara,memperkuatkan jatidiri bangsa,memulihkan semula sokongan padu terhadap Parti UMNO,membasmi miskin tegar dan miskin dan peralihan kuasa yang akan berlaku
penghujung bulan ini akan berjalan dengan lancar dan baik dengan amalan tradisi UMNO yang mengamalkan kasih sayang dan lebih mengutamakan perjuangan UMNO.

 pm4km1km3dscn6574

2.Sejarah peralihan kuasa dikalangan pemimpin Negara berlangsung dengan penuh adat dan istiadat.Pemimpin yang akan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri perlu dihormati dan diterima dengan
hati dan minda yang terbuka supaya misi dan visi untuk perjuangan memartabatkan dan memulihkan keyakinan Bangsa Malaysia kepada perjuangan UMNO akan dilihat ingin mengangkat dan menjulang negara Malaysia yang berjaya dan maju setanding dengan negara-negar maju yang lain di dunia.

sallehrumpai-laut-11salleh2

3.Saya Salleh Bin Kalbi, Ahli Parlimen Silam,Kolonel Kehormat Rela,Duta Keamanan UPF dengan hati ikhlas,jiwa yang bersih,minda terbuka ingin menyatakan menyokong penuh Peralihan Kuasa yang akan berlaku bila-bila masa dari sekarang.
Sokongan kepada Yang Amat Berhormat Dato’Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Barisan Nasional yang telah mengumumkan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Hj. Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap menteri Kewangan Malaysia.Saya amat menyokong penuh Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia. Luahan ini adalah ikhlas yang lahir dari hati dan sanubari saya,ingin melihat perjuangan UMNO yang telah pun menabur jasa dalam membangunkan modal insan ke tahap yang gemilang dan terbilang sehingga lahirnya anak-anak Malaysia yang berjaya mengharumkan nama baik negara samada di peringkat Lokal mahupun global.

parlimen-silam2kad-yb-silam-11

4.Saya menyokong penuh mini bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd.Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan yang telah mengumumkan mini Bajet RM60 Billion.Jumlah ini bagi saya merupakan satu sejarah dalam pembentangan bajet kerajaan bagi memulih dan membangunkan negara daripada kesan kemelesetan ekonomi dunia. Saya yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak yang komited dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan perancangan yang telus dan anjakan membangunkan Modal Insan menjadi agenda utama bagi membangunkan sesebuah negara. Peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dibuka luas,sektor swasta yang terjejas teruk di bantu kerajaan,suntikan modal insan yang berwawasan dan bermanfaat,pelaksanaan projek secara telus dengan wujud badan pemantau,membasmi miskin tegar dan miskin,saya berpendapat mini bajet ini adalah bersifat mesra rakyat,penyayang kepada rakyat,menguntungkan semua lapisan masyarakat,sistematik,kreatif,inovatif,berwawasan jauh kehadapan,selamat,aman,makmur dan yang paling berharga minda dan pemikiran Yang Amat Berhormat menteri Kewangan yang ingin memulihkan ekonomi negara agar dapat berdiri dan terus maju melangkah kehadapan dengan keutuhan perpaduan Bangsa dan negara.

5. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia,Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hj. Musa Bin Aman Ketua Menteri Sabah Menteri-Menteri Kabinet Malaysia dan rakan-rakan Ahli Parlimen yang menyokong penuh kelulusan Zon Akuakultur Negara di Parlimen Silam.Teras perjuangan saya dalam Pembangunan modal Insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam arus pembangunan sesebuah negara menjadi agenda utama bagi melahirkan masyarakat yang boleh berdikari dan melepasi tahap miskin tegar menjelang tahun 2010 dan miskin.Masalah ini saya akan perangi habis-habisan sehingga ke akar umbi.Selama ini saya telah mmenjejaki rakyat yang betul-betul memerlukan bantuan dan perlu di beri keutamaan agar isu-isu masalah ini dapat diatasi sehingga ketahap minimum dan sifar.Peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan melalui Akuakultur Negara di Silam ini akan dapat membasmi kemiskinan tegar lebih awal menjelang bulan september tahun ini.Perancangan saya dengan penyediaan tapak dan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dan miskin dan golongan sederhana ini saya yakin dan percaya usaha ini adalah cara terbaik dalam pembasmian kemiskinan kerana mereka akan memiliki pendapatan dalam lingkungan setiap keluarga RM1,200.00 sebulan.Saya sentiasa membuat perancangan dan plan pembangunan modal insan bagi melahirkan masyarakat yang boleh berdiri pada kendiri tanpa bergantung harap kepada orang lain.Perancangan ini dalam proses pelaksanaan kepada golongan sasar dan sedikit masa lagi rakyat akan
melihat usaha saya ini sebagai satu rezeki kerajaan Barisan nasioanl yang prihatin dan sentiasa membangunkan rakyat walau dimana jua.

6. Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada 22 hingga 24/Mac/2009 ini,saya berharap pertandingan yang berlangsung kelak biarlah dilaksanakan secara kekeluargaan.Kepada yang menang saya ucapkan tahniah kepada yang tewas kita masih berada dalam keluarga UMNO.Selepas sahaja pemilihan ini semua pihak perlu menumpukan kepada tugas dan tanggungjawab untuk membela dan membangunkan parlimen dan negara.Pertandingan yang memihak kepada yang menang dalam pemilihan kelak perlu menjadi contoh kepada wadah perjuangan UMNO dengan mengekalkan perpaduan. Kepada yang kalah jangan dibiarkan sendiri kerana budaya ini bukanlah amalan tradisi UMNO,malahan jika berlaku ini bermakna individu yang menang itu masih lagi mengamalkan budaya ini
bermakna masih lagi berlaku, amalan pentingkan diri sendiri.Berdasarkan kajian saya pemilihan kali ini adalah cukup baik dan lebih mementingkan perjuangan Parti UMNO berbanding kepentingan diri sendiri.Setiap ahli UMNO yang terlibat dalam pertandingan memperlihatkan persaudaraan,persefakatan,kasih sayang,ukhwah,bersatupadu dan telah berjanji taat setia perjuangan dalam parti lebih diutamakan berbanding kepentingan peribadi.Saya bersyukur dengan amalan tradisi ini,saya berharap amalan ini perlu diturunkan de peringkat Bahagian, supaya UMNO akan releven dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan bangsa menjadi satu Bangsa Malaysia yang mencintai keamanan,kedamaian dan kemakmuran negara.

7. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung Blog saya di http://sallehkalbi188.wordpress.com / silamgemilang.wordpress.com /rakyatp188silam.wordpress.com /ybsilamexoticdiscovery.wordpress.com /alumniagasih.wordpress.com / suaraparlimensilam.wordpress.com /e_sahabatparlimensilam.com.my / p188silam.blogspot.com. sokongan,pandangan,kritikan Dato,Datuk,Datin,Tuan,Puan,Encik,Cik
adalah amat saya hargai dan saya akan jadikan bahan ilmiah dalam membangunkan modal insan dan pembangunan Parlimen Silam agar cemerlang,gemilang dan terbilang selaras dengan hasrat kerajaan dalam membangunkan negara dengan meletakkan asas ekonomi negara berada pada kedudukan yang baik dan pulih sepenuhnya dalam tempoh yang singkat.Terima kasih sekali lagi.

Posted by: silamgemilang | Mac 20, 2009

TAMAN LAUT ABDUL RAHMAN

TAMAN LAUT ABDUL RAHMAN

Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang terletak hanya 20 minit dari Kota Kinabalu terdiri daripada
lima buah pulau yang merangkumi kawasan seluas 4,929 hektar di mana dua pertiga daripada kawasan
ini ialah laut.

Taman ini terdiri daripada pulau Manukan.Mamutik,Sulug,Gaya dan Sapi dimana setiap pulau mempunyai
pantai pasir yang putih bersih dan perairan yang dipenuhi pelbagai jenis ikan dan terumbu karang.

Dasar laut yang kaya dengan Terumbu karang di sekitar Pulau Manukan,Mamutik,Sapi dan sulug amat sesuai
bagi aktiviti menyelam dan snorkeling.Selain daripada itu, kursus selam PADI juga ditawarkan di pulau-pulau
ini untuk mereka yang ingin belajar cara menyelam.

Pengunjung juga boleh mengembara ke hutan yang terdapat di taman ini seperti di Pulau Gaya dengan mengikut
denai-denai kecil yang disediakan.

Posted by: silamgemilang | Mac 16, 2009

TAMAN KINABALU:DIBAWAH BAYU.. BAH

 

big_sabah_mtkinabalu

TAMAN KINABALU Taman Kinabalu merupakan Tapak Warisan Dunia yang pertama di Malaysia. Pengiktirafan ini telah dianugerahkan oleh UNESCO pada Disember 2000 oleh kerana ‘nilai sejagatnya yang tidak ternilai harganya’ dan peranannya sebagai salah satu tapak biologi yang amat penting. Taman ini meliputi kawasan seluas 754 km persegi dan dianggarkan lebih luas daripada pulau Singapura.

 

Pada tahun 1964,kawasan ini telah diberikan status”taman” oleh kerajaan negeri. Taman Kinabalu merupakan syurga kepada penggemar botani kerana taman ini dianugerahkan dengan kepelbagaian fauna dan flora yang merangkumi empat zon cuaca. Taman ini merupakan habitat kepada kira-kira 5,000 jenis tumbuhan vaskular 1,000 spesies orkid, 9 spesies periuk kera (Nepenthes), 29 spesies rhododendrons, 2 spesies bunga Rafflesia dan banyak lagi. Kawasan ini juga didiami pelbagai jenis hidupan liar termasuk 112 spesies mamalia, 326 spesies burung, 21 spesies kelawar, 61 spesies katak dan sebahagian besar daripada 850 spesies rama-rama yang terdapat di negeri Sabah. Tumpuan utama taman ini sudah semestinya Gunung Kinabalu yang berdiri megah setinggi 4,095.2 m. Gunung ini merupakan gunung tertinggi di antara puncak Banjaran Himalaya dan Pergunungan Snow di Papua Barat (Kepulauan New Guinea).

Posted by: silamgemilang | Februari 22, 2009

Parlimen Silam :Kaya Dengan Sumber Alam

22.02.2009-Parlimen Silam,Sabah sememangnya amat kaya dengan sumber alam.Jika selama ini kita mendengar dan melawat kawasan Lembah Danum,Madai dan Gua Madai kita juga perlu menerokai keindahan alam dikawasan laut yang menjanjikan sejuta kekayaan untuk dikomersilkan sebagai industri pelancongan,penternakan ikan,agar-agar dan sebagainya. Dikawasan batu 7 jalan Silam, pengusaha ternakan ikan dalam sangkar telah berjaya mempromosikan ikan dalam sangkar sehingga keperingkat antarabngsa.

Pengusaha Yang Berjaya Menternak Ikan Dalam Sangkar Di Kawasan Laut

Pengusaha Yang Berjaya Menternak Ikan Dalam Sangkar Di Kawasan Laut

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada 14hb.02.2009 Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk seri Panglima Haji Yahya Hussin,Ahli Parlimen Silam YB. Haji Salleh Haji Kalbi Ahli Parlimen P188 Silam,Pegawai Daerah Lahad Datu Dzulkifli Nasir,Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Ewon,Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Ghulam HaidarKhan Bahadar,Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sukarti Wakiman,ADUN N51,ADUN N50 serta rombongan.

Kawasan Penternakan Ikan Dalam Sangkar

Kawasan Penternakan Ikan Dalam Sangkar

 

 

 

 

 

 

 

 

Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi telah menyuarakan pandangan agar Parlimen Silam diwartakan sebagai Zon Akuakultur Negara.Keputusannya kerajaan Persekutuan telah mempersetujui pandangan YB. Silam agar kawasan ini diwartakan dan ini bermakna rakyat Parlimen Silam amat beruntung kerana akan banyak peluang-peluang pekerjaan akan disediakan dengan kemasukan pelabur-pelabur dari luar negara untuk memajukan kawasan ini. Bagi rakyat Parlimen Silam amat beruntung kerana mereka dapat mengusahakan ikan dalam sangkar,tanaman agar-agar untuk dijual dengan keuntungan yang lebih tinggi.

dscn6587

 

 

 

 

 

 

 

Melawat Tapak Penanaman agar-Agar berhampiran Pulau Sakar

Melawat Tapak Penanaman agar-Agar berhampiran Pulau Sakar

 

dscn6612dscn6596

YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN PBB DAN KOLONEL KEHORMAT RELA

YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI AHLI PARLIMEN P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN PBB DAN KOLONEL KEHORMAT RELA

Selamat Datang Ke Parlimen P188 Silam YAB Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah

Selamat Datang Ke Parlimen P188 Silam YAB Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah

UCAPAN OLEH

YB DATO’ SRI AZALINA DATO’ OTHMAN SAID

MENTERI PELANCONGAN, MALAYSIA

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN

ZOOM! RAINFOREST DISCOVERY CENTRE,

SEPILOK, SABAH

29 NOVEMBER, 2008

pelancongan

(Salutasi)

Wakil-wakil Media

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, maka dapat kita bersama-sama pada pagi ini untuk menjayakan Majlis Pelancaran ”Kempen Zoom! Rainforest Discovery Centre, Sepilok, Sabah”.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Hj Aman kerana sudi merasmikan pelancaran kempen ini.

Terima kasih juga kepada para tetamu kerana telah sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini telah menyuntik semangat kami untuk terus melaksanakan aktiviti ke arah meningkatkan lagi kemajuan industri pelancongan termasuk di negeri Sabah.

pulau sakar parlimen p188 silam.sabah

pulau sakar parlimen p188 silam.sabah

Para hadirin sekalian:

Seperti yang kita semua sedia maklum, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah melancarkan kempen promosi pelancongan domestik Zoom! Malaysia pada 14 Mei yang lalu di Kuala Lumpur. Kempen ini adalah kesinambungan kepada Kempen Cuti-Cuti Malaysia yang terdahulu dan memberi nafas baru kepada promosi pelancongan domestik Malaysia. Ianya dilaksanakan untuk menerapkan budaya melancong di negara sendiri di kalangan rakyat Malaysia dengan mengenegahkan keunikan destinasi-destinasi pelancongan di serata Malaysia.

Pendekatan yang diambil melalui kempen Zoom! Malaysia ini adalah dengan memberi fokus kepada destinasi atau aktiviti pelancongan yang spesifik agar warga Malaysia dapat melihatnya dari sudut yang berbeza serta perspektif yang segar. Selain daripada destinasi-destinasi pelancongan yang sedia popular, Kerajaan juga ingin mendedahkan warga Malaysia kepada banyak lagi tarikan-tarikan yang unik tetapi kurang terkenal sebelum ini.

silam-davey-bay-sky-view

Para hadirin yang dihormati sekalian:

Tidak dapat dinafikan bahawa Sabah adalah antara destinasi pelancongan yang paling eksotik bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia Tenggara ini. Kekayaan khazanah alam semula jadi dan warisan budayanya yang rata-ratanya masih terpelihara menjadikan Sabah sebagai salah satu destinasi yang paling diminati bukan sahaja oleh pelancong asing malah juga pelancong domestik. Tambahan pula, perkhidmatan penerbangan tambang murah seperti AirAsia dan Firefly, telah memudahkan lagi lebih ramai orang untuk berkunjung ke Sabah.

Sudah pastinya Sabah cukup terkenal dengan Gunung Kinabalunya atau Air Panas Poringnya atau Pusat Pemulihan Orang Utan Sepiloknya atau Pasar Filipinanya atau Pulau Sipadannya. Sebut sahaja Sabah, imej-imej inilah yang sering terpancar di minda para pelancong. Apatah lagi, Taman Kinabalu di Sabah telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Namun saya percaya Sabah mempunyai banyak lagi kelebihan-kelebihan lain yang kurang dipasarkan atau belum diterokai sepenuhnya.

silam davey bay island

silam davey bay island

Di sinilah, Zoom! Malaysia memainkan peranan untuk mempromosikan destinasi-destinasi yang kurang dikenali di Sabah ini. Pelancaran Zoom! Rainforest Discovery Center (RDC) merupakan contoh terbaik untuk mempromosikan destinasi pelancongan yang lebih fokus di Sabah.

Mengikut statistik, seramai 3,869 orang pelancong domestik telah melawat ”Rainforest Discovery Center” dari bulan Januari hingga Oktober 2008 berbanding 1,771 orang pelancong asing dalam tempoh yang sama pada tahun ini. Kami berharap dengan promosi Zoom! ”Rainforest Discovery Center” ini maka rakyat Malaysia akan dapat mengenali pusat ini dengan lebih dekat serta menarik minat ramai lagi untuk mengujunginya.

Selain dari ini, daerah Sandakan juga merupakan antara kawasan pelancongan utama di Sabah. Ia kaya dengan aset semulajadi dan terkenal dengan usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar dan haiwan-haiwan liar. Produk-produk pelancongannya mempunyai tarikan tersendiri seperti Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Pusat Perlindungan Monyet Probosis Teluk Labuk, Rumah Agnes Keith, Sungai Kinabatangan dan Gua Gomantong.

Untuk pengetahuan anda semua, menurut statistik, jumlah pelancong tempatan yang menginap di hotel dari bulan Januari hingga Jun 2008 ialah seramai 17.48 juta orang, menyaksikan peningkatan sebanyak 2.9%.

Manakala jumlah pelancong tempatan yang menginap di hotel telah meningkat daripada 31.9 juta orang pada tahun 2006 kepada 36.25 juta orang pada tahun 2007 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 13.65%.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian:

Dalam usaha kita untuk mempromosikan khazanah alam semulajadi, janganlah pula kita mengabaikan tanggung jawab sosial dengan tidak menjaga dan memulihara alam sekitar. Penjagaan alam sekitar merupakan pelaburan jangka panjang kita demi masa depan generasi akan datang dan juga sekiranya khazanah alam semula jadi kita musnah kerana kecuaian para pengusaha produk pelancongan itu sendiri mahu pun para pelancong, sudah tentu ia akan menjadi sesuatu yang merugikan semua pihak.

Seperti yang kita semua sedia maklum, eko-pelancongan bergantung kepada alam sekitar untuk terus berkembang dan ia menjana sumber pendapatan. Adalah tidak rasional sekiranya pemain-pemain industri sub-sektor eko-pelancongan membiarkan alam sekitar terancam kerana sumber pendapatan daripada perniagaan eko-pelancongan adalah berasaskan alam semula jadi itu sendiri. Mereka perlu berusaha melindungi alam sekitar dan meminimakan kesan-kesan kerosakan daripada pembangunan eko-pelancongan.

Bagi memastikan eko-pelancongan sebagai satu pendapatan dan bukan ancaman, kami berharap agar mendapat kerjasama daripada semua kementerian kerajaan dan agensi swasta yang bertanggungjawab untuk memastikan supaya semua pembangunan produk dan promosi pakej pelancongan dijalankan secara ”tourism friendly” dan berpandukan kepada konsep pembangunan mampan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada para tetamu yang hadir dan juga syabas kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Saya menyeru kepada anda semua supaya melanconglah dan terokailah tempat-tempat menarik di Malaysia ini dan saya pasti kita semua akan dapat belajar sesuatu yang baru setiap kali kita pergi melancong.

Sekian, terima kasih.

Posted by: silamgemilang | Februari 6, 2009

PARLIMEN P188 SILAM:LAHAD DATU,SABAH.

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI AHLI PARLIMEN P188 SILAM (TENGAH)BERGAMBAR BERSAMA RAKYAT

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI AHLI PARLIMEN P188 SILAM (TENGAH)BERGAMBAR BERSAMA RAKYAT

Lahad Datu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Lahad Datu merupakan sebuah daerah yang mempunyai nilai sejarah tersendiri. Lahad Datu, semasa pemerintahan Chartered Company, merupakan tempat persinggahan datu-datu dari kesultanan Sulu. Lahad berasal dari perkataan suku Suluk, yakni bermaksud tempat, mana kala Datu, merupakan keturunan berada dari kesultanan Sulu. Ia merupakan kawasan perdagangan dan pemerintahan, sebelum pembangunan giat dijalankan, Lahad Datu menjalankan perniagaan kelapa dan kopra. kini, ekonominya lebih tertumpu kepada penanaman kelapa sawit, selain dari ekonomi lain.

Lahad Datu dari segi geografi, ia terletak di kawasan pantai timur Sabah di dalam bahagian Tawau. Ia terletak pada kedudukan latitud 5° 1′ Utara dan longitud 118° 19′ Timur pada jarak lebih kurang 500 km dari Bandar Utama Sabah iaitu Kota Kinabalu dan berhampiran dengan beberapa tempat seperti Sandakan, Tawau, Kinabatangan, Kunak dan Felda Sahabat. Manakala, keluasan daerah Lahad Datu ialah 6,635.2 km2.Ia amat mudah dikunjungi melalui jalan darat, air mahupun udara. Melalui jalan darat, Lahad Datu dapat mempunyai sistem jalanraya yang menghubungkannya dengan bandar-bandar yang lain.

Jumlah penduduk Lahad Datu setiap tahun meningkat dengan kadar pertumbuhan purata tahunan (%) iaitu 10.01 bagi tahun 1980-1991 dan 3.10 bagi tahun 1991 – 2000. Manakala bagi jumlah penduduk ialah pada tahun 39,262(1980) , 118,096(1991) , 156,059(2000).

Lahad Lahad mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi seperti pelancongan alam sekitar. Kawasan hutan lahad datu yang masih kurang diteroka telah mendorong kerajaan mewujudkan Hutan simpan. Antara kawasan menarik yang terletak di kawasan hutan simpan Lahad datu ialah Lembah Danum, Taman hidupan Liar Tabin dan Gua Madai.

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.